Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Puisi : Aku Dan Diriku

Puisi ; Aku Dan Diriku

Bukan kerana aku tak mahu
menipu diri membohongi kamu
mencipta helah mendabik megah
berjalan tak jejak di bumi nyata
bukan juga kerana mereka
aku disitu menyapu debu
membersih calar mengelap luka
yang dalam tidak kemana

bukan aku mahu menyusun
jemari ampun demi maruah
dan harga
sebuah ego seorang manusia
tetapi inilah aku

yang tegak kerana hak
yang jitu kerana ibu
yang gagah kerana ayah
yang berdiri kerana diriku
yang tabah yang sabar
yang malu yang tunduk
memandangMU.

Aku & Diriku @ Nur

Post a Comment

0 Comments

close