Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Contoh Surat Rayuan Menangguhkan Bayaran PTPTN



Contoh Surat Rayuan Menangguhkan Bayaran PTPTN | Jika anda mengalami masalah untuk menyelesaikan bayaran PTPTN anda seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran pinjaman, anda boleh menulis surat rayuan untuk menangguhkan bayaran tersebut. Tetapi, hendaklah dengan sebab yang munasabah dan bukannya sebab anda yang tak mahu bayar! Sengaja tak bayar itu namanya tidak jujur! Hutang mesti dibayar balik. Ingat tu...

Contoh Surat Rayuan Menangguhkan/Mengurangkan Bayaran PTPTN

Senarai Dokumen Untuk Menangguhkan Bayaran PTPTN  

Penerima biaya perlu mengemukakan permohonan rasmi bersertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Surat Rayuan; dan
  • Salinan Slip Gaji terkini atau
  • Salinan Penyata KWSP terkini
  • Surat Tawaran Belajar daripada IPT
  • Surat pengesahan daripada IPT menyatakan bila tarikh sebenar/ dijangka tamat pengajian; atau
  • Surat pengesahan bekerja.

Contoh Surat Rayuan Menangguhkan/Mengurangkan Bayaran PTPTN 


Di bawah ini adalah contoh surat yang saya hasilkan untuk memudahkan urusan anda menulis rayuan penangguhan atau pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN anda. 

Anda boleh mengubahsuai surat tersebut kerana saya kongsikan dalam bentuk Ms words. 



Jika anda sukar untuk melihat atau download daripada slideshare, boleh juga copy/paste daripada contoh surat di bawah.


Jalil bin Johan
No 21, Jalan Sinaran 2
Taman Sinaran
84000 Muar
Johor

Tarikh : 26/10/2015

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur

Tuan,

PER: PENANGGUHAN/PENGURANGAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
NO SURAT TAWARAN: 687123
NO KAD PENGENALAN:

_______________________________________________________ 

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya adalah seorang peminjam PTPTN dan telah menghabiskan pengajian saya pada __________________. Saya sudahpun bekerja dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,000-00 sahaja.

Namun begitu, dengan kos sara hidup yang tinggi dan tanggungan yang ramai, saya tidak mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN dengan kadar RM180-00 sebulan. Saya memohon pihak PTPTN membenarkan saya membayar pada kadar RM120-00 sebulan. Saya berjanji akan membayar semula dalam jumlah yang ditetapkan sekiranya pendapatan saya telah bertambah.

Bersama-sama ini saya sertakan bukti pendapatan (slip gaji), penyata KWSP dan surat pengesahan bekerja untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama dan kelulusan awal dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,


………………………………………
(JALIL BIN JOHAN)
NO K/P:
NO. TELEFON:



Pertanyaan atau serahan dokumen berkenaan boleh diajukan kepada:

Bahagian Perundangan dan Pendakwaan 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah, 
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, 
Damansara Heights, 
50490 Kuala Lumpur

Atau Semua Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments

close