

Esok atau lusa
yang dihimpit bencana
tidak tahu siapa?
lantaran kita tidak suka
gelombang kehancuran menghantui dunia
damai
bukan kita sahaja pencarinya
semua kena berusaha
untuk mencapai titik persamaan
usah ada dendam
walau seinci pada niatmu
kelak ia membakar
keamanan dunia kita
jika hari ini
dunia tidak dijaga dan dibelai
esok lusa bagaimana?
dunia untuk anak-anak kita!
Fikirlah secara bijaksana.



0 Comments