Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Biodata PM ke 10 Malaysia - Datuk Seri Anwar Ibrahim

Biodata PM ke 10 Malaysia - Akhirnya setelah menanti selama 20 tahun, Perdana Menteri Ke 10 Malaysia jadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dato' Seri Diraja Dr. (HC) Anwar bin Ibrahim (lahir 10 Ogos 1947) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Beliau sebelum ini merupakan ahli politik Malaysia yang telah menjadi ketua pembangkang ke-12 dan ke-16, pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau telah bertugas sebagai ahli parlimen Port Dickson dari Oktober 2018 hingga November 2022 dan Permatang Pauh dari Mac 1982 hingga April 1999 dan sekali lagi dari Ogos 2008 hingga Mac 2015. Beliau juga pernah menjadi timbalan perdana menteri Malaysia dan memegang beberapa jawatan kabinet dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah perdana menteri terdahulu, Mahathir Mohamad dari 1982 hingga 1998.


Biodata Dan Perjalanan Politik DS Anwar Ibrahim 


Kita ikuti sedikit latar belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dikurniakan enam anak iaitu Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana dan Ehsan Anwar

Latar Belakang Anwar Ibrahim


Lahir di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Merupakan anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO. Allahyarham menang bertanding dalam PRU 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang (1958-1964). Ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

PM Ke 10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim - Biodata Dan Perjalanan Politik

Memulakan alam persekolahan pada tahun 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang dalam aliran Bahasa Melayu. Kemudian beliau meneruskan persekolahan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1960. Beliau juga merupakan Ketua Pengawas MCKK. Sewaktu di sekolah menengah, beliau aktif sebagai pemidato dan aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu serta menjadi wakil pembahas.

Pada tahun 1968, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera). Kemudiannya beliau berkahwin dengan doktor mata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik. Dr Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.

Anak sulung pasangan ini, Nurul Izzah merupakan bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2008 hingga 2018, dan Permatang Pauh pada 2018 hingga 2022.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan karier politik sebagai Ketua Pemuda UMNO pada 1982-1987, Naib Presiden UMNO (1987- 1990), Timbalan Presiden UMNO (1990-1998), Ketua Umum KEADILAN (2005-2018), Presiden KEADILAN/PKR (2018-kini) dan Pengerusi PH (2020-kini).

Dalam sejarah politiknya, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1982-1983, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983-1984), Menteri Pertanian (1984-1986), Menteri Pendidikan (1987- 1990), Menteri Kewangan (1990-1998). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1993 sehingga 1998.

Anwar Ibrahim Pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh EuroMoney 1993, Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney 1996 dan Tokoh Muslim Berpengaruh Dunia oleh The Royal Islamic Strategic Centre, Jordan 2017-2022.


Penglibatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi antarabangsa antaranya Pengasas dan Pendidik Yayasan Anda Akademik 1971, Pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 1971-1982.

Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas NGO Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, ABIM dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tiga tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan di Baling, Kedah.

Pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) pada 1973-1976, Penasihat Majlis Belia Kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1973), Canselor dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1983-1998), Pensyarah Jemputan Georgetown University, Washington DC (2006-2008) dan Pengasas dan Pengerusi Emeritus Institut Pemikiran Islam Antrabangsa (IIIT).

Beliau juga merupakan pemimpin popular di seluruh dunia dan rapat dengan beberapa pemimpin luar negara termasuk Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.

Menghasilkan koleksi buku antaranya ‘Membangun Negara Madani’. Buku setebal 187 muka surat itu menggariskan aspek merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan.

Kontroversi Di sepanjang Karier Politik


Anwar kali pertama dipenjara di Kamunting, Perak selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam gerakan pelajar pada tahun 1974 selepas mengetuai demostrasi pelajar terhadap kemiskinan dan kelaparan di kawasan luar bandar.

Selepas keluar dari tirai besi, Anwar mengambil keputusan mengejut menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) diketuai Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sejak 1981.

Dihukum penjara selama enam tahun pada 1999, selain hukuman penjara selama sembilan tahun bagi kesalahan seks luar tabii (liwat) yang mana kes berkenaan 'melahirkan' Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat

Sekali lagi didakwa dengan tuduhan liwat membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan menyaksikannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh pada 2015, sebelum memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018.

Entri ini disiarkan pada : 25 November 2022.

Sumber;

3. Mstar

Post a Comment

0 Comments

close