Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Biodata Azizi Haji Abdullah

AZIZI HJ. ABDULLAH 

(Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.

Di antara nama pena beliau adalah Jamong, Qalam Adly, Anita, Shahrul Manjarishah, Tan Sri Sasterawan, Sri Bungsu dan Tukya.

Biodata Azizi Haji Abdullah

Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, (bekas Perdana Menteri) hingga tahun 1965.

Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen ‘Sisa’. Manakala cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.

Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.

Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.

Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.

Senarai Cerpen Azizi Hj Abdullah


Cerpen lain ialah Sami Mekong dan Dua Seniman (1966). Cerpen Di Pinggir Kampung Barzakh (1975) menjadi bahan pelemik selama tujuh minggu.

Cerpen 'Beruk' (1970) menjadi teks sastera dalam antologi 'Jejak Langkah'.

Cerpen ‘Mohd. Dhuha’, 'Moris Minor Kesumba Murup’, ‘Kolai si Kuda Tua’, ‘Mohd. Takeuchi’, ‘Mas Um’ turut menonjolkan bakat beliau.

Beberapa cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (termasuk antologi), ke bahasa Cina dan Thailand.

Cerpen ’Tulang Pekasam Ikan Puyu’ telah diolah menjadi skrip drama TV.

Senarai Novel Karya Azizi Hj Abdullah


  • Yang Merusuh (1991)
    • 'Yang Merusuh' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbitan Kintan
  • Tukcai (1991)
    • 'Tukcai' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd[2]
    • 'Tukcai' - 2007. Diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd
  • Menebus Maruah (1991)
    • 'Menebus Maruah' - 1991. Diterbitkan oleh Marwilis Publisher & Distributors
  • Beruk (1991)
    • 'Beruk' - 1991. Diterbitkan oleh Penerbitan Kintan
    • 'Beruk' - 2010. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
  • Anak Kampung Kuala Raga (1991)
    • 'Anak Kampung Kuala Raga' - 1991. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Anak Belantara Tropika (1992)
    • 'Anak Belantara Tropika' - 1992. Diterbitkan oleh Marwilis Publisher & Distributor Sdn Bhd[2]
    • 'Anak Belantara' - 2011. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
  • Cahaya di Pedalaman (1992)
    • 'Cahaya di Pedalaman' - 1992. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Dunia Bukan Syurga (1993)
    • 'Dunia Bukan Syurga' - 1993. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd.
  • Sinappapal (1993)
    • 'Sinappapal' - 1993. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Suriati (1993)
    • 'Suriati' - 1993. Diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
    • 'Kugapai Cintamu Suriati' - 2003. Diterbitkan oleh Penerbitan Azizi
    • 'Suriati' - 2009. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
  • Hoi! (1994)
    • 'Hoi!' - 1994. Diterbitkan oleh Fajar Bakti Sdn Bhd
  • Wi & Wiliam (1995)
    • 'Wi & William' - 1995. Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Buih (1995)
    • 'Buih' - 1995. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd.
  • Ateik Putriba (1996)
    • 'Ateik Putriba' - 1996. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn Bhd
  • Ayahanda (1997) - sebuah novel biografi.
    • Ayahanda - 1997. Diterbitkan oleh Creative Enterprise Sdn. Bhd.
    • Ayahanda - 2016. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Pencinta Alam (1998)
    • 'Pencinta Alam' - 1998. Diterbitkan oleh Berita Publishing
    • 'Pencinta Alam' - 2010. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Kawin-Kawin (2002)
    • 'Kawin-Kawin' - 2002 & 2008. Diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
  • Sangeetha (2006)
    • 'Sangeetha' - 2006. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
    • 'Sangeetha’s Duet' - 2009. Diterbitkan dalam Bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)
  • Memoir Seorang Guru (2008)
    • 'Memoir Seorang Guru' - 2008. Diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd
  • Harga Sebuah Maruah (2007)
    • 'Harga Sebuah Maruah' - 2007. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Zikir Rindu (2009)
    • Zikir Rindu - 2009. Diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd
  • Daerah Beta (2009)
    • 'Daerah Beta' - 2009. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Badai Cinta (2011)
    • 'Badai Cinta' - 2011. Diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.
  • Mandala Dunia Kedua (2011)
    • 'Mandala Dunia Kedua' - 2011. Diterbitkan oleh PTS Litera

Post a Comment

0 Comments

close