"Saya N. Panggil juga N."
Dia angguk.
Dia pun bersambung tawa yang tidak ceria. Dirinya bergelar Z. Agak rendah berbanding aku yang tinggi sedikit.
Mungkin kerana pada anggapanku aku di pihak yang memiliki, aku berasa selamat. Dari satu sudut aku lebih darinya. Itu pasti sudah membolehkan aku menang dalam pertemuan ini.
Air matanya tumpah. Selepas sebuah cerita sedih penuh simpati dikisahkan padaku. Apakah dia bersimpati padaku? Aku dibohongi di depan matanya. Seorang wanita bernama N ini tidak memiliki kemenangan yang mutlak sebenarnya.
Sungguh.
Aku yang tersisih. Dalam berbangga mengakui aku lebih darinya...sebenarnya aku yang tak punya apa. Aku sebenarnya perampas sebuah pelabuhan yang harmoni. Aku yang mencalarkan kebahagiaan yang sedang dituai. Demi Tuhan, aku tidak tahu jika sejauh ini aku bersalah!
Dalam merenung kesilapan yang tersemat lama, hati ini rasa seperti berkecai di lantai.

Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya, cinta adalah pilihan. Cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyedari bahawa sesuatu itu mungkin hilang...
Tenangkan hatiku duhai waktu yang berlalu. Aku mencuba ikhlas dari suatu kehilangan dan tersenyum dari suatu kesakitan.
Jangan pujuk aku!
0 Comments