Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

2021 - Norma Baharu Dalam Sistem Pendidikan Malaysia

2021 - Norma Baharu Dalam Sistem Pendidikan Malaysia - Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar di seluruh Malaysia. Kembali ke sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah. Inilah norma baharu yang sedang kita jalani. Biasakan diri, kuatkan jiwa dan bersabarlah. Ini semua pasti akan berakhir dan kita kembali kepada aktiviti kita yang biasa seperti dahulu. 

Buat para pelajar.. dedikasikan diri anda dalam belajar dari rumah, ikuti arahan guru anda dan siapkan semua tugasan dalam waktu di tetapkan. Sekali anda tertinggal.. memang susah hendak di ulang semula kerana masa berjalan dengan pantasnya!

Norma baharu sistem pendidkan Malaysia 2021


2021 - Norma Baharu Dalam Sistem Pendidikan Malaysia


Bagaimana norma baharu di jalankan dalam sistem pendidikan di Malaysia?


Baca kompilasi pendapat orang yang pakar dan terlibat secara langsung dalam hal yang tersebut.

Ada yang berpendapat dengan pelaksanaan PdPc secara dalam talian, pensyarah dapat memantau tugasan atau latihan pelajar melalui platform seperti Google Classroom dan Microsoft Team. Secara tidak langsung, pensyarah boleh mendapatkan komen terus dari pelajar.

Pensyarah dapat berkongsi dengan para pelajar bahan pembelajaran dan pengajaran pada bila-bila masa melalui platform kelas maya yang telah ditetapkan bersama pelajar seperti Padlet dan lain-lain.

Melalui PdPc secara dalam talian, pensyarah dapat menyusun masa dengan lebih efisyen untuk melengkapkan kuliah seandainya terpaksa menghadiri sesuatu kursus.

Namun begitu, kebarangkalian ketidakterlibatan segelintir pelajar dalam menghadiri sesi kelas maya akan menyukarkan pensyarah bagi mengukur tahap kefahaman pelajar.

Ada pelajar yang hanya membuka audio ketika synchoronous learning tetapi tidak menumpukan perhatian terhadap kelas sebaliknya melakukan perkara yang tidak sepatutnya berlaku semasa kelas.

Ada pula berpendapat pembelajaran secara dalam talian ini akan menjadikan guru lebih kreatif dengan memanfaatkan penggunaan teknologi yang ada bagi memastikan proses PdPc bersama pelajar berlangsung lebih sistematik.

Guru perlu lebih kreatif dan pantas, penggunaan aksesori yang sesuai sebagai tripod, mikrofon dan skrin hijau dapat memberikan impak yang lebih menarik dalam pembelajaran.

PdPc secara online merupakan satu cabaran besar kepada guru khususnya dalam menarik daya tumpu pelajar terhadap pelaksanaan kelas.

Pada masa yang sama, mereka turut berharap agar para guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar terutama di kawasan pedalaman diberikan bantuan serta sokongan sewajarnya berkaitan masalah capaian internet yang lemah.

Ada di kalangan guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat, setidaknya capaian internet yang baik dan berkualiti dapat membolehkan mereka memperbaiki kualiti pengajaran khususnya dalam menyampaikan bahan pengajaran dalam talian.

Kaedah pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) sangat sesuai dengan jiwa generasi muda dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih interaktif selain merangsang minat pelajar.

Seterusnya, PdPc secara maya dapat memudahkan guru menyampaikan pelbagai maklumat pembelajaran sebagai rujukan atau pun latihan tambahan.

Jadi, pelajar akan lebih peka dengan situasi semasa dan akan mempertingkatkan usaha kerana jika mereka tidak peka, mereka pasti akan ketinggalan.

Namun begitu, ada juga kebimbangan terhadap subjek bahasa inggeris contohnya, berkenaan kesukaran untuk menjelaskan sesuatu perkara berkaitan pengajaran agar lebih mudah difahami. Secara tidak langsung, ianya mungkin akan memberikan sedikit kesan terhadap prestasi pelajar.

Jika pelajar dapat face to face (bersemuka) dengan guru, guru boleh garis guna pen merah, buat arrow tunjuk kesalahan dan pembetulan yang boleh dibuat. 
Kesimpulannya, bahawa pembelajaran dalam talian tidak sama dengan penilaian dalam talian.

Cabaran dan rintangan akan datang bila-bila masa. Siapa sangka pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia telah merubah pelbagai perkara dan situasi semasa. Pandemik ini secara tidak langsung telah menjadi agen transformasi dan pemangkin pembaharuan terhadap pembelajaran secara maya.

Namun begitu, secanggih mana teknologi dan sehebat mana pun alam maya, hakikatnya kita tidak dapat menafikan bahawa hubungan yang baik antara pendidik dan ibu bapa mampu membentuk perwatakan serta kejayaan seseorang pelajar.

Setinggi penghargaan terhadap pengorbanan seorang pendidik dalam mengajar, membimbing serta membentuk anak bangsa tidak bisa dilupakan.

Semoga kita semua terus kuat dan sabar bersama-sama sehingga keadaan kembali kepada sediakala.

Post a Comment

0 Comments

close