Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Saluran Khas TV Pendidikan DidikTV Oleh KPM

Saluran Khas TV Pendidikan DidikTV Oleh KPM. Usaha pihak KPM membantu para pelajar khususnya di peringkat sekolah menengah mengikuti pelajaran secara lebih santai adalah amat dihargai. Sebagai pelajar, sokongan anda terhadap usaha KPM amatlah diharapkan agar program DidikTV ini bermanfaat dalam jangka masa yang panjang.  

DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI. Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi 
penalaan automatik.

Saluran Khas TV Pendidikan DidikTV Oleh KPM
Jadual Siaran DidikTV di ntv7


Saluran Khas TV Pendidikan DidikTV Oleh KPM


Melalui satu siaran akhbar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak KPM akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari 2021. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. 

Pewujudan saluran khusus ini merupakan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara. Sebelum ini KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama
sebelas jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7. 

Kini, buat pertama kalinya KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari.

Mana Nak Tonton DidikTV KPM?


DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI. Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi
penalaan automatik.

DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM. Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid. 

Selain itu, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan. Saluran DidikTV KPM juga merupakan satu platform untuk memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Jadual Siaran DidikTV di ntv7


DidikTV akan bersiaran dari hari Isnin hingga Ahad:

Slot pagi : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Slot petang : 3.00 petang hingga 5.00 petang

Saksikan juga DidikTV di youtube ntv7 iaitu saluran NTV7Malaysia

Semoga segala info yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama-sama. 

Post a Comment

0 Comments

close