Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

SOP Terkini Sekolah Yang Perlu Dipatuhi Sempena Pembukaan Semula Sekolah Mulai 3 Oktober 2021

SOP TERKINI SEKOLAH YANG PERLU DIAMBIL MAKLUM. Ramai yang teruja dan berdebar-debar bila Dr. Radzi Jidin umumkan sekolah akan dibuka semula selepas PdPR yang panjang, mulai 3 Oktober 2021. Yang penting, ada SOP yang kena dipatuhi.

SOP Terkini Sekolah Yang Perlu Dipatuhi Sempena Pembukaan Semula Sekolah Mulai 3 Oktober 2021


SOP Terkini Sekolah


💥 Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)

💥 Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.

💥 Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.

💥 Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.

💥 Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.

💥 Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai (sudah ketat).

💥 Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.

💥 Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.

Maklumat Lanjut


Pertanyaan mengenai tarikh buka sekolah dan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh diajukan kepada TALIAN HOTLINE 

Bilik Gerakan Pembukaan Semula Sekolah di talian berikut:
03-8884 5020
03-8884 5336
03-8884 5022
03-8884 5122

*Sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dr Radzi Jidin untuk info terkini.

Post a Comment

0 Comments

close