Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Dato' Haji Shahnon Ahmad

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad atau Shahnon Ahmad, (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Dato' Haji Shahnon Ahmad
Sumber Google


Shanon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah. Beliau kini menetap di 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700Gelugor, Pulau Pinang.

Shahnon bersekolah di Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V (1946) ; Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan.

Beliau bertugas sebagai guru di Grammer English School, Kuala Terengganu (1954); Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956). Kecederaan yang dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).

Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid (1960-1963); pindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim(1967). Tahun 1968 menjadi pegawai penyelidik di Australian National University (ANU), Canberra, Australia.Di sana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda (1971).

Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim ; pensyarahUniversiti Sains Malaysia (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera USM (1975). Shahnon dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (1979) ; Profesor Sastera USM (Jun 1980) ; profesor penuh di USM (1982) ; dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.


Novel

  1. Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.
  2. Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.
  3. Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.
  4. Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.
  5. Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.
  6. Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.
  7. Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.
  8. Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.
  9. Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.
  10. Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.
  11. Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.
  12. Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.
  13. Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.
  14. Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.
  15. TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.
  16. Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm
  17. Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.
  18. Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm.
  19. Shit


Tahun 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah Karya Sastera; gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn (1976) ; Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan (1982) ; Panel Hakim Hadiah Karya Sastera (1983).

Beliau menerima darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Sultan Kedah (1980) ; Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993.

 

Post a Comment

0 Comments

close