Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Permohonan Zakat Maybank Islamic Berhad Tahun 2022

Permohonan Zakat Maybank Islamic Berhad Tahun 2022.  Sukacita dimaklumkan Maybank Islamic Berhad (MIB) telah membuka permohonan dana zakat kepada pelajar-pelajar asnaf yang layak bagi meringankan beban mereka sepanjang menuntut di luar negara. Tempoh permohonan adalah mulai 1 Februari hingga 30 November 2022.

Permohonan Zakat Maybank Islamic Berhad Tahun 2022


Permohonan Zakat Maybank Islamic Berhad Tahun 2022


Jika anda sedang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah seperti sedang belajar di Mesir, Jordan, Syria dan lainnya, boleh cuba memohon penajaan seperti di bawah.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1. Pelajar sedang melanjutkan pengajian Sarjana Muda di Timur Tengah. Pelajar Buuth, Sarjana dan PhD tidak layak mohon.
2. Bidang pengajian adalah Pengajian Islam (keutamaan) / Perubatan / Pergigian / Farmasi.
3. Bukan pelajar tahun akhir (pengajian tahun 2022).
4. Tidak menerima mana-mana tajaan biasiswa daripada agensi penaja seperti Majlis Agama Islam Negeri / JPA / MARA dan lain-lain.
5. Pendapatan ibu bapa adalah sekitar RM5,000 sebulan.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN:

(perlu disahkan benar oleh mana-mana Pegawai Kumpulan 1 Pengurusan dan Profesional)

1. Salinan kad pengenalan pelajar.
2. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga pelajar.
3. Salinan sijil cerai / sijil mati (jika berkenaan).
4. Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga. Jika ibu bapa / penjaga tidak bekerja, sila kemukakan “surat pengesahan tidak bekerja” daripada Ketua Kampung / Imam.
5. Salinan penyata bank terkini / nombor akaun bank.
6. Salinan surat tawaran belajar (pelajar tahun 1 sahaja).
7. Salinan keputusan akademik terkini (Bahasa Arab/ Melayu/ Inggeris).
8. Surat Pengesahan Pelajar oleh EME atau terjemahan tasdiq. 

Surat Pengesahan Pelajar boleh dimohon melalui link: http://bit.ly/eme-pengesahan (tulis nama agensi penerima: Maybank Islamic)

CARA MEMOHON:

1. Download borang permohonan: https://bit.ly/ZakatMaybankIslamic
2. Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi butiran menggunakan HURUF BESAR, tulisan terang dan jelas.
3. Imbas borang permohonan dan semua dokumen yang telah lengkap.
4. Email borang dan semua dokumen berkaitan kepada EME: em.mesir@mohe.gov.my
Tajuk email: Zakat Maybank <Nama Penuh Pelajar> - 
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2022.
6. Pemberian zakat ini adalah secara one-off tahun 2022. Pelajar yang layak akan dihubungi oleh pihak Maybank Islamic.

Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments

close