Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Tips Hadiah Hari Guru 2023 Untuk Cikgu Tersayang

Tips Hadiah Hari Guru Untuk Cikgu Tersayang 2023. Selamat Hari Guru 2023 kepada semua cikgu di seluruh Malaysia. Happy Teachers Day! Bangganya kita dapat menghargai jasa guru-guru walau siapa pun mereka, terutamanya mak bapak kita yang mengajarkan perkara pertama dalam hidup kita. Ibu bapalah yang menjadi guru kehidupan kita dalam segala hal dengan cara mereka sendiri.

"Guru adalah pahlawan tanpa tanda. Terima kasih guruku, selamat hari guru dari kami semua."



TIPS HADIAH HARI GURU UNTUK CIKGU TERSAYANG 2023



Tips Hadiah Hari Guru! | Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun menjelang lagi. Pada waktu-waktu begini, anak-anak kita yang bersekolah rendah atau menengah sibuk memikirkan apakah hadiah yang sesuai diberikan untuk guru-guru kesayangan mereka. Biasanya hadiah hari guru ini diberikan oleh pelajar kepada guru yang mereka sayangi. Secara normalnya, pelajar akan memberi hadiah istimewa kepada guru kelas sendiri, kerana mereka lebih rapat dan sering berkongsi masalah.

Tips Hadiah Hari Guru 2022

 
Saya akan kongsikan tips memberi hadiah kepada guru pada hari guru nanti.

Tips Hadiah Hari Guru Bagi Guru Wanita

 
Jom kita lihat apakah trend hadiah terbaik untuk guru-guru:

  • Berikan kad yang direka sendiri, pasti lebih 'sentimental value'
  • Memberikan sepasang kain untuk dibuat baju
  • Hadiahkan tudung
  • Memberikan sejambak bunga segar
  • Berikan sebuah novel kegemaran guru anda
  • Mungkin boleh juga hadiahkan telekung - sejuk hati cikgu..
  • Hadiahkan sebatang pen yang mahal sedikit 
  • Belikan kek hari guru - mesti guru anda terharu! 
  • Berikan kad ucapan yang istimewa kepada guru kesayangan anda!
  • Bingkai gambar yang unik
  • Hadiahkah cawan @ mug yang comel
  • Stationery holder - tempat meletak pensil dan lain-lain
  • Berikan sekotak Coklat sebagai kejutan kepada guru tersayang anda 

Tips Hadiah Hari Guru Bagi Guru Lelaki

  • Berikan kad yang dilukis sendiri
  • Belikan sepasang kemeja-T - pastikan anda tahu saiznya
  • Hadiahkan tali leher mengikut warna kesukaan guru tersebut
  • Mungkin boleh hadiahkan sebatang pen - ikut kesesuaian bajet anda
  • Bingkai gambar mungkin juga berguna
  • Kad ucapan yang istimewa untuk guru tersayang
  • Lukisan potret guru anda ataupun lukisan pemandangan
  • Mungkin boleh hadiahkan cawan @ mug 
Pastikan hadiah yang anda pilih dibincangkan dahulu dengan kedua ibubapa kerana sudah tentu wang poket mereka juga yang akan keluar nanti.  

Selamat menyambut hari guru 2023 kepada guru di seluruh dunia!!

Post a Comment

0 Comments

close