Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Doa Memohon Dilapangkan Dada Ketika Menjawab Soalan Peperiksaan

Doa Memohon Dilapangkan Dada Ketika Menjawab Soalan Peperiksaan. Doa ini adalah antara siri himpunan doa persediaan peperiksaan oleh Ustazah Asma Harun dan admin kongsikan di sini sebagai rujukan para pelajar yang akan dan sedang menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.

Peperiksaan bukan sekadar ujian formal kepada anda semua sebagai pelajar tetapi lebih dari itu ia mahu mengukur sejauh mana usaha, doa dan tawakkal telah disemat kukuh dalam mendepaninya. 


Doa Memohon Dilapangkan Dada Ketika Menjawab Soalan Peperiksaan
Klik untuk imej lebih jelas


Bacaan doa dilapangkan dada ketika menjawab soalan peperiksaan dalam rumi:


Rabbisyrahli sodri wayassirli amrii
Wahlul 'ukdatammilisaani
Yafqohu qauli

Maksudnya:

Ya Allah, lapangkanlah dada (jiwaku) dan permudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kelakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.

Setelah berdoa, serahkanlah semuanya pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penolong kepada hambaNya yang amat memerlukan.

Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa mengiringi perjalanan hidup anda pada hari-hari mendatang.
 

Post a Comment

0 Comments

close