Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Doa Agar Dibukakan Pintu Hati Menerima Pelajaran 

Doa Agar Dibukakan Pintu Hati Menerima Pelajaran. Kami kongsikan doa khas untuk student agar boleh diamalkan sepanjang masa. Agar ilmu yang telah dituntut, ilmu yang baik-baik tak akan luput dari ingatan. Insya Allah.

Doa ini adalah antara siri himpunan doa persediaan peperiksaan oleh Ustazah Asma Harun dan admin kongsikan di sini sebagai rujukan para pelajar yang akan dan sedang menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.


Peperiksaan bukan sekadar ujian formal kepada anda semua sebagai pelajar tetapi lebih dari itu ia mahu mengukur sejauh mana usaha, doa dan tawakkal telah disemat kukuh dalam mendepaninya. 

Doa Agar Dibukakan Pintu Hati Menerima Pelajaran

Bacaan doa agar dibukakan pintu hati menerima pelajaran dalam rumi: 


Allahummaftah 'alaina futuhal'arifiin
Warzuqna fahman nabiyiin
Wa ilhaamal malaaikatil muqarrabiin
Birahmatikaya arhamar rohimiin

Maksudnya:

Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif. Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir denganMu. Dengan RahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setelah berdoa, serahkanlah semuanya pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penolong kepada hambaNya yang amat memerlukan.

Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa mengiringi perjalanan hidup anda pada hari-hari mendatang.
 Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT

Post a Comment

0 Comments

close