Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.
Namun begitu, ada pula sesetengahnya sukar melakar cerita pendek ataupun yang disebut cerpen. Mengapakah cerpen lebih sukar dihasilkan berbanding novel? Dimanakah silapnya bila pada masa kini lebih banyak karya novel yang terhasil berbanding cerpen.
Ciri-ciri Cerpen Yang Baik
1) Ada unsur intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.2) Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis dan sebagainya. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.
3) Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.
4) Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya dengan tepat menjadikan sesebuah cerpen itu menarik untuk dibaca.
**Sumber
0 Comments