Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Doa Jika Terlupa Sesuatu Yang Sudah Dipelajari

Doa Jika Terlupa Sesuatu Yang Sudah Dipelajari.. Kami kongsikan doa khas untuk student agar boleh diamalkan sepanjang masa. Agar ilmu yang telah dituntut, ilmu yang baik-baik tak akan luput dari ingatan. Sentiasa dalam keadaan tenang. Insya Allah.

Doa ini adalah antara siri himpunan doa persediaan peperiksaan oleh Ustazah Asma Harun dan admin kongsikan di sini sebagai rujukan para pelajar yang akan dan sedang menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.

Peperiksaan bukan sekadar ujian formal kepada anda semua sebagai pelajar tetapi lebih dari itu ia mahu mengukur sejauh mana usaha, doa dan tawakkal telah disemat kukuh dalam mendepaninya. 

Doa Jika Terlupa Sesuatu Yang Sudah Dipelajari

Bacaan doa jika terlupa sesuatu yang dipelajari: 


Subhanamal layanaa muwalaa yashu
Allahumma zukkirni maa nasiitu


Maksudnya:


Maha suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.

Setelah berdoa, serahkanlah semuanya pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penolong kepada hambaNya yang amat memerlukan.

Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa mengiringi perjalanan hidup anda pada hari-hari mendatang.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments

close