Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dan Diredhai Allah SWT

Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dan Diredhai Allah SWT. Kami kongsikan doa khas untuk student agar boleh diamalkan sepanjang masa. Agar ilmu yang telah dituntut, ilmu yang baik-baik tak akan luput dari ingatan. Sentiasa dalam keadaan tenang. Insya Allah.

Doa ini adalah antara siri himpunan doa persediaan peperiksaan oleh Ustazah Asma Harun dan admin kongsikan di sini sebagai rujukan para pelajar yang akan dan sedang menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.

Peperiksaan bukan sekadar ujian formal kepada anda semua sebagai pelajar tetapi lebih dari itu ia mahu mengukur sejauh mana usaha, doa dan tawakkal telah disemat kukuh dalam mendepaninya. 

Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dan Diredhai Allah SWT


Bacaan Doa Memohon Kejayaan Cemerlang Dan Diredhai Allah SWT;


Allahumma inni asalukal fauza 
Indal qadha'i
Wamana zilassyuhada' wa'ai syassu'ada'
Wannasru 'alal 'akda'


Maksudnya:


Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada', dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.

Setelah berdoa, serahkanlah semuanya pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penolong kepada hambaNya yang amat memerlukan.

Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa mengiringi perjalanan hidup anda pada hari-hari mendatang.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments

close