
Ada 2 cara untuk semak tawaran kemasukan ke tingkatan 6 iaitu samada dengan Format SMS dan juga online terus ke moe.gov.my.
Jadual di bawah boleh digunakan sebagai rujukan cara pengiraan jadual nilai mata gred untuk pemilihan pelajar ke tingkatan 6.
Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6
- Syarat Am
- Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
- Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
- Syarat Khas
- Bidang STEM - Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Bidang Sains Sosial
- Sekolah Menengah Harian
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
- Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
- Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
- Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
Senarai Mata Pelajaran Tingkatan 6
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:


Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 ½ tahun:
1. Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 1 (S1)
2. Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 2 (S2)
3. Semesterl 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
- Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja)
- Peperiksaan Semester 3 (S3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)
Kandungan kurikulum dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga Semester, iaitu S1, S2 dan S3 dalam tempoh pengajian selama 1½ tahun.
Sekiranya anda memiliki syarat kelayakan seperti di atas, jangan lepaskan peluang untuk sambung belajar. Jangan sia-siakan peluang untuk meingkatkan tahap pendidikan kerana ia mungkin satu loncatan kepada anda untuk mengubah nasib keluarga dan diri sendiri.
0 Comments