Cerita Bayan | Antara Harapan Dan Doa

Biodata Tun Abdul Razak | Bapa Pembangunan Malaysia, PM Ke 2

Biodata Tun Abdul Razak | Bapa Pembangunan Malaysia. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
lahir pada 11 Mac 1922. Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau menjadi PM (Perdana Menteri Malaysia) ke-2 dari tahun (1970–1976).

Tun Abdul Razak memulakan pendidikan menengahnya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK); kemudian menyambung pengajian di Britain pada tahun 1947 di Lincoln's Inn, London (Undang-undang). Isteri beliau adalah Tun Rahah Tan Sri Noah.

Anak-anak Tun Abd Razak ada 5 orang dan kesemuanya lelaki. Iaitu Dato' Seri Najib Razak, Datuk Ahmed Johari, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim, dan Mohamed Nazir.

Tun Abdul Razak - Sejarah Politik dan Sumbangannya


Biodata Tun Abdul Razak | Bapa Pembangunan Malaysia, PM Ke 2

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn.

Antara sumbangan beliau dalam pelbagai bidang :

Bapa Pembangunan: Memfokuskan pembangunan luar bandar melalui agensi seperti FELDA dan MARA.

Dasar Ekonomi Baru (DEB): Memperkenalkan DEB pada 1971 untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Rukun Negara: Menggubal Rukun Negara sebagai falsafah kebangsaan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Pendidikan: Melaksanakan Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Barisan Nasional: Menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973

Garis Masa


  • 1922 Lahir di Pekan, Pahang
  • 1934 Dipilih oleh Residen Pahang untuk menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (Kuala Kangsar Malay College)
  • 1939 Tun Abdul Razak dipilih sebagai “Student-Probationer” untuk berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam
  • 1940 Tun Razak menyambungkan pelajarannya di Raffles College, Singapura
  • 1941 PIhak Jepun menduduki Malaya, dan pelajaran Tun Razak tergendala
  • 1943 Tun Razak menghadiri kursus Koa Kunrensho di Singapura di mana beliau mempelajari bahasa Jepun, pentadibran awam, dan latihan tentera
  • 1951 Dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden
  • 1951 Dilantik sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Perundangan Persekutuan
  • 1952 Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
  • 1952 4 Sep – Berkahwin dengan Tun Hajah Rahah
  • 1955 Dilantik sebagai Pemangku Menteri Besar Pahang
  • 1955 Gabungan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 dari 52 kerusi yang ditandingi di Pilihanraya Umum Malaya; Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Malaya
  • 1955 Dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia & Menteri Besar Pahang
  • 1956 Menyertai delegasi kemerdekaan Malaya ke United Kingdom
  • 1957 Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
  • 1959 Gabungan / Pakatan politik UMNO-MCA-MIC memenangi 74 dari 95 kerusi yang ditandingi dalam Pilihanraya Umum pertama Malaya
  • 1959 Dilantik sebagai Menteri pertama Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  • 1960 Melancarkan program “Buku Merah” yang mengandungi pelbagai projek pembangunan untuk setiap daerah
  • 1961 Idea pembentukan “Malaysia” dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman
  • 1962 Tun Razak dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Cobbold
  • 1963 “Malaysia” dibentuk, terdiri daripada Malaya, Sabah, Sarawak, dan Singapura. Singapura kemudiannya meninggalkan Malaysia pada tahun 1965
  • 1963 Malaysia menghadapi ancaman dari Indonesia yang melancarkan Konfrontasi
  • 1964 Gabungan politik UMNO-MCA-MIC memenangi 89 dari 103 kerusi yang ditandingi
  • 1966 Konfrontasi berakhir dengan kejatuhan Sukarno sebagai Presiden Indonesia
  • 1967 Tun Razak mengambil alih portfolio Kementerian Dalam Negeri setelah Tun Dr Ismail meletak jawatan
  • 1967 Tun Razak menerima Anugerah Magsaysay dari Kerajaan Filipina untuk sumbangan beliau kepada pembangunan luar bandar
  • 1969 Rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur
  • 1969 Dilantik sebagai Pengarah MAGERAN (National Operations Council) untuk mengendalikan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei
  • 1970 Jabatan Perpaduan Kaum didirikan & Rukunegara dirumuskan sebagai falsafah nasional
  • 1971 Menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua setelah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletak jawatan
  • 1971 Parlimen bersidang semula setelah 21 bulan pemerintahan Darurat
  • 1971 Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan
  • 1973 Barisan Nasional ditubuhkan untuk menggantikan Parti Perikatan
  • 1973 Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, meninggal dunia; tempat beliau digantikan oleh Tun Hussein Onn
  • 1974 Hubungan diplomatik dijalinkan dengan negara China; Tun Razak membuat lawatan rasmi pada akhir bulan Mei 1974
  • 1975 Tun Razak dirawati untuk penyakit leukemia di London
  • 1976 14 Jan – Tun Abdul Razak Dato’ Hussein meninggal dunia
Sumber :

Previous Post Next Post