Keputusan SPM 2025 diumum pada 31 Mac ini. Menurut KPM, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, seramai 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2025 di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Nota:
1. Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.
2. Manakala calon persendirian boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
3. Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:
i. Secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 mulai pukul 10 pagi pada 31 Mac 2026 (Selasa) sehingga pukul 6 petang pada 6 April 2026 (Isnin); dan/atau
ATAU
ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2025 dengan menaip
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 31 Mac 2026 (Selasa) sehingga pukul 6 petang pada 6 April 2026 (Isnin).
KPM turut mengucapkan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM 2025.
Sumber:
1. Berita Harian
2. https://malaysiagazette.com/2026/03/09/keputusan-spm-2025-diumum-pada-31-mac-ini/
0 Comments