Amalan Ringan Untuk Ibu Bapa Demi Kemudahan Urusan Anak-Anak. Untuk mempermudahkan urusan mereka dalam apa saja yang mereka lakukan. Amalannya mudah saja, ringan dan insha Allah ibu bapa mampu lakukannya. Demi untuk anak-anak kita, tiada yang tidak boleh. Ibu bapa adalah orang yang paling risau jika sesuatu berlaku terhadap anak-anak. Jika mereka sakit pening, ibu bapa yang ikut menanggung rasa itu. Begitulah kasih sayang sejati dari ibu bapa untuk anak-anak mereka.

7 Amalan Ringan Untuk Ibu Bapa Demi Kemudahan Urusan Anak-Anak
TIRAKAT UNTUK ANAK AGAR HIDUPNYA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN
Ada satu amalan ringan selama 7 hari yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya kehidupan anak dipermudahkan dalam segala urusan. Insya-Allah, tirakat ini mudah dan tidak membebankan, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan penuh keikhlasan.
Mulakan dengan membaca istighfar sebanyak 100 kali selepas Maghrib atau Subuh
👉 Niatkan: Ya Allah, bersihkanlah anakku daripada dosa dan kesulitan
Baca selawat 100 kali
(diutamakan Selawat Ibrahim)
👉 Niatkan: Ya Allah, berkatilah masa depan anakku
Bersedekah walaupun sedikit
👉 Niatkan: Ya Allah, permudahkan rezeki dan jalan hidup anakku
Baca ayat kemudahan 7 kali
(Surah Al-Insyirah ayat 5–6)
Baca doa Nabi Ibrahim 21 kali
(Rabbi habli minas-salihin)
Solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat
👉 Selepas solat, berdoa: Ya Allah, peliharalah anakku, permudahkan segala urusannya dan jadikanlah dia anak yang soleh
Doa khas ibu (Jika ibu tiada, boleh dilakukan oleh bapa)
👉 Letakkan tangan di kepala anak (jika anak jauh, cukup doakan sahaja). Baca doa ini:
Allahumma ihfadz waladi
Wayassir umurohu/ha
Waj’alhu/ha minas-salihin
Kuncinya ada 3:
☑️ Lakukan dengan ikhlas dan hati yang lembut
☑️ Tidak banyak mengeluh tentang anak
☑️ Sentiasa mendoakan anak
Semoga bermanfaat dan diberkati.

Asasnya adalah doa dalam Al-Quran, Surah Al-Furqan ayat 74:
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata."
Hari Ke-1
Mulakan dengan membaca istighfar sebanyak 100 kali selepas Maghrib atau Subuh
👉 Niatkan: Ya Allah, bersihkanlah anakku daripada dosa dan kesulitan
Hari Ke-2
Baca selawat 100 kali
(diutamakan Selawat Ibrahim)
👉 Niatkan: Ya Allah, berkatilah masa depan anakku
Hari Ke-3
Bersedekah walaupun sedikit
👉 Niatkan: Ya Allah, permudahkan rezeki dan jalan hidup anakku
Hari Ke-4
Baca ayat kemudahan 7 kali
(Surah Al-Insyirah ayat 5–6)
Hari Ke-5
Baca doa Nabi Ibrahim 21 kali
(Rabbi habli minas-salihin)
Hari Ke-6
Solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat
👉 Selepas solat, berdoa: Ya Allah, peliharalah anakku, permudahkan segala urusannya dan jadikanlah dia anak yang soleh
Hari Ke-7
Doa khas ibu (Jika ibu tiada, boleh dilakukan oleh bapa)
👉 Letakkan tangan di kepala anak (jika anak jauh, cukup doakan sahaja). Baca doa ini:
Allahumma ihfadz waladi
Wayassir umurohu/ha
Waj’alhu/ha minas-salihin
Kuncinya ada 3:
☑️ Lakukan dengan ikhlas dan hati yang lembut
☑️ Tidak banyak mengeluh tentang anak
☑️ Sentiasa mendoakan anak
Semoga bermanfaat dan diberkati.
Qobiltu ijazah
Insha Allah, kita mesti lakukannya dan mampu menghabiskan amalan ringan selama 7 hari tersebut demi kemudahan urusan anak-anak kita yang tersayang. Inilah hak anak-anak yang mereka perlukan dari ibubapa iaitu doa yang ikhlas.