SOALAN LATIHAN KATA ADJEKTIF
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kakak __________melihat kelakuan adik yang suka bercakap bohong.
A risau C sedih
B gembira D bising
2. Pengemis itu makan dengan __________ kerana terlalu lapar.
A perlahan C gelojoh
B aman D comel
3. Beberapa batang pokok manggis di kebun datuk berbuah __________.
A kuat C lebat
B kaya D rendang
4. Ibu menyapu daun-daun yang __________ itu.
A gugur C hancur
B jatuh D musnah
5. Pemandu kenderaan dikehendaki berhati-hati ketika melalui jalan lereng bukit yang __________ itu.
A dalam C pendek
B curam D rendah
6. Sarah terlalu __________ apabila mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
A malu C gembira
B bising D kecewa
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. Buku-buku di atas meja itu _____kerana tidak kemas.
A berguguran C berselerak
B bertaburan D berlonggok
8. Kuda adalah antara haiwan yang______ berlari.
A cepat C hampir
B hebat D pantas
9. Warna ______ pada bendera Malaysia membawa maksud perpaduan antara rakyat yang berbilang kaum.
A biru C putih
B merah D kuning
10. Penyanyi yang diminati ramai itu mempunyai suara yang sangat ______.
A kasar C kabur
B jelas D merdu
11. Ruang tamu rumah kami menjadi lebih _______ setelah ayah membeli perabot baharu.
A segar C segak
B ceria D meriah
12. Daging kambing yang belum dicuci itu berbau_______.
A busuk C hamis
B hapak D tengik
13. Puan Kamariah berasa _______ kerana anaknya masih belum pulang sedangkan
hari sudah malam.
A risau C bingung
B rimas D kecewa
14. Zaidi terpaksa menghentikan lariannya pada jarak 150 meter kerana kakinya ________.
A kaku C kebas
B kejang D keras
15. Suasana rumah Mak Siah yang _______itu menyebabkan kami berasa seram.
A pudar C kusam
B muram D suram
16. Hubungan antara Lisa dan Venessa menjadi _________ selepas pergaduhan itu.
A beku C sunyi
B sejuk D dingin
17. Proses melarik perabot-perabot kayu itu dibuat dengan _____oleh pekerja-pekerja yang mahir.
A teliti C hemat
B tepat D saksama
18. Hujah-hujah yang disampaikan oleh pemidato pertama itu sungguh_________ dan tepat.
A sarat C mampat
B terguh D bernas
19. Pelancong dari negara Jepun itu _______ berbahasa Melayu walaupun baru sebulan di negara kita.
A laju C fasih
B pelat D pandai
20. Tayar kereta Arun _________ tercucuk paku.
A tiris C kemik
B pecah D kempis
21. Encik Latif mendirikan sebuah banglo di atas tanah pusaka keluarganya yang _______itu.
A luas C besar
B landai D lapang
22. Gelanggang takraw yang terletak di hujung Taman Manis itu sentiasa ________.
A rapat C dekat
B bersih D cermat
Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.
23. Suzana gemar memakai baju kurung yang ___________.
A panjang C labuh
B singkat D besar
24. Hujan __________ yang turun menyebabkan banjir kilat berlaku di Kampung Raja.
A lebat C lambat
B deras D perlahan
25. Semua orang di dalam surau itu mendengar ceramah agama dengan __________.
A khusyuk C ghairah
B tawaduk D leka
26. Haji Deraman mengeluarkan padi yang________itu dari dalam kepuk untuk diberi kepada ayam-ayamnya.
A tua C tegak
B uzur D usang
27. Amelia_________ akan kecantikan rakannya yang digilai ramai lelaki.
A benci C dendam
B marah D cemburu
28. Walaupun harganya mahal, barang itu bermutu________.
A luas C tinggi
B besar D cantik
29. Pak Ali termenung di jendela sambil mengimbau kenangan ___ __.
A esok C kini
B dulu D silam
30. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan dia di _____ oleh rakanrakannya.
A hina C benci
B malu D dengki
31. Gunung Kinabalu ialah gunung yang_______ sekali di Malaysia.
A tinggi C rendah
B pendek D panjang
32. “Wah, _ _____ sungguh Menara Berkembar Petronas ini !” kata Zhi Yang.
A rendah C tinggi
B pendek D rendang
33. Saleh membaca buku sambil berehat di bawah pohon yang ______ itu.
A redup C rendang
B renek D pendek
34. Pakaian yang disidai itu masih ________.
A lembab C sedap
B panas D pedas
35. Ayah memakai baju yang berwarna- ________.
A kelabu C kasar
B kering D warni
36. Bayi kembar Puan Puvaneswari itu sungguh____________.
A tampan C comel
B hodoh D kacak
37. Telur itik berbentuk ________.
A bulat C panjang
B segi tiga D bujur
38. Banglo yang baru dibeli oleh ayah_______ dengan sekolah saya.
A jarang C jarak
B dekat D besar
39. Encik Rashid seorang peguam yang _________.
A tegas C kasar
B lemah D tampan
40. Ghayatiri_________ menghadapi setiap masalah yang menimpa keluarganya.
A tenang C sedih
B gelojoh D aman
41. Saya suka tinggal di kawasan desa kerana suasananya______.
A bising C tenang
B keruh D cantik
42. Bubur nasi itu berbau_______ kerana terlalu lama dimasak.
A hangit C busuk
B wangi D tengik
43. Biskut yang dibakar oleh ibu sangat__________.
A buruk C sedap
B kasar D lembik
44. Yusri belajar dengan_______agar tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapanya.
A kuat C tekun
B lemah D malas
45. Ibu memotong buah itu dengan pisau yang____________.
A buruk C tumpul
B karat D tajam
46. Lauk ayam itu sudah_________ kerana ibu lupa untuk memanaskannya malam tadi.
A masam C basi
B busuk D hanyir
47. Udara di atas bukit ini __________ sekali.
A sejuk C nyaman
B panas D tenang
48. Sayur-sayuran di kebun Encik Ravi itu hidup _________ kerana dibaja dan dijaga dengan baik.
A subur C kuat
B layu D gemuk
49. Walaupun datuk sudah tua, beliau masih lagi ________ untuk berkebun.
A lemah C kuat
B cerah D sakit
50. Si Comel berbau _______ selepas dimandikan oleh kakak.
A hanyir C harum
B hancing D hapak
JAWAPAN KATA ADJEKTIF:
KATA ADJEKTIF
1 A 11 B 21 A 31 A 41 C
2 C 12 C 22 B 32 C 42 A
3 C 13 A 23 C 33 C 43 C
4 A 14 B 24 A 34 A 44 C
5 B 15 D 25 A 35 A 45 D
6 C 16 D 26 D 36 C 46 C
7 C 17 A 27 D 37 D 47 C
8 D 18 D 28 C 38 B 48 A
9 A 19 C 29 D 39 A 49 C
10 D 20 A 30 C 40 A 50 C
0 Comments