KATA GANTI NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. “Ayah, _______ mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan,” kata Wani dengan gembira.
A saya C engkau
B aku D kamu
2. Ahmad murid yang berdisiplin. ________ sentiasa mematuhi peraturan di sekolah.
A Mereka C Dia
B Baginda D Beliau
3. Datuk Rosli ialah pegawai daerah di kawasan itu. ________ telah menderma wang sebanyak enam ribu ringgit untuk membina balai raya itu.
A Patik C Beliau
B Dia D Mereka
4. Menurut para peserta ekspedisi itu, ________ akan tiba di puncak Gunung Tahan pada tengah hari ini.
A kamu C mereka
B kita D dia
5. “________ mesti sentiasa menjaga nama baik kampung ini,” kata ketua kampung kepada anak buahnya.
A Saya C Ia
B Beta D Kita
6. “Betulkah Pak Cik Cheong itu datuk _________ ?” tanya Chitra kepada Soo.
A awak C kami
B mereka D encik
7. “_______ hendak pergi berkelah di Air Terjun Sekayu,” kata Ah Meng dan Raju kepada Badrul.
A Engkau C Saudara
B Tuanku D Kami
8. Sultan Ahmad berasa sangat sedih kerana puteri _______ diserang penyakit ganjil.
A patik C dia
B baginda D nya
9. “Janganlah _________ dihukum, tuanku,” rayu tukang masak istana kepada Sultan Azlan.
A hamba C saya
B aku D beta
10. “Bilakah ________ sampai?” tanya Encik Lim kepada kawannya.
A kita C cik
B engkau D dia
11. Yoke Meng berasa gelisah kerana terlupa membawa buku latihan Bahasa Malaysia______.
A dia C baginda
B ia D -nya
12. “____________ mesti belajar bersungguh-sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti,” pesan Cikgu Nizam kepada Arjun.
A Aku C Beliau
B Kamu D Dia
13. “___________mesti sampai ke tempat itu sebelum senja,” kata Sani kepada rakanrakannya.
A mereka C kita
B kami D di
14. “Ampun __________, memang benar kata-kata bendahara itu,” sembah Temenggung Ibrahim kepada Sultan Mahmud.
A tuanku C beta
B baginda D patik
15. “Sila keluarkan buku latihan ___________ sekarang”, kata Cikgu Azhar kepada murid kelas Lima Setia.
A Kami C Kita
B Kalian D Engkau
16. Anis dan Aida melawat David yang sedang sakit. __________ membawa buah tangan untuknya.
A Kamu C Mereka
B Kalian D Kami
17. _______ menangis kerana perutnya sakit.
A Dia C Baginda
B Ia D Beta
18. “_______ sudah makan atau belum?” tanya Harun pada adiknya.
A Kamu C Kita
B Dia D Kalian
19. “Wahai Tuhan,kepada_____ kusandarkan harapan,”ujar Salim dalam doanya.
A Engkaulah C Dialah
B Bagindalah D Andalah
20. Tahniah, __________telah berjaya dalam pertandingan syarahan itu.
A Awak C Baginda
B Dia D Beliau
21. “Bilakah __________ akan pergi ke sana?” tanya Razali kepada kawan- kawannya.
A kalian C saya
B kami D awak
22. “Mat, _______ hendak beli pemadam? Aku ada jual pemadam,” kata Azmi kepada rakannya.
A kita C aku
B kamu D saya
23. Lily tidak dapat hadir ke sekolah kerana __________ demam panas.
A dia C kami
B kamu D engkau
24. “Saya harap _________ dapat menyiapkan latihan yang saya beri ini pada hari esok,” kata Cikgu Mona kepada murid-murid 4 Tuah.
A kamu C kalian
B mereka D dia
25. Cikgu Leman ibarat senapang bambu. _________ nampak sahaja garang tetapi sebenarnya baik hati.
A Dia C Baginda
B Beliau D Patik
26. “__________ sering gering sejak akhir-akhir ini,” kata Sultan kepada bendaharanya.
A Baginda C Patik
B Beta D Ia
27. Munusamy sangat gembira kerana kakak ________ telah kembali ke tanah air setelah beberapa tahun berada di England.
A nya C awak
B dia D beliau
28. Encik Leong seorang peladang yang berjaya. ________ telah dianugerahi “Peladang Cemerlang”.
A Dia C Beliau
B Baginda D Aku
29. “Harapan patik agar__________ berangkat pulang dengan selamat,” kata Bendahara.
A beta C hamba
B tuanku D baginda
30. Walaupun datuk telah lanjut usia, namun __________ masih aktif bersukan.
A dia C beliau
B anda D kita
31. Ah Chong dan Kok Leong bersahabat karib. ________ tinggal sekampung.
A Mereka C Dia
B Kalian D Beliau
32. “_________ hendak ke mana,” tanya kakak kepada perempuan di sebelahnya itu.
A Saudari C Hamba
B Saudara D Encik
33. Chong jiran saya. _________ bersahabat baik sejak kecil lagi.
A Kalian C Kami
B Aku D Mereka
34. Para pemimpin negara mendapatkan kemerdekaan daripada orang Inggeris. ________ sangat berjasa kepada kita.
A Dia C Kami
B Beliau D Mereka
35. Lelaki itu ditangkap kerana merompak. _________dihukum penjara selama 6 tahun oleh mahkamah.
A kamu C beliau
B dia D engkau
36. “Mari ________ mencari jalan penyelesaian daripada berbual-bual kosong,” kata David kepada rakan-rakannya.
A kami C anda
B kita D aku
37. “_________ seorang pendidik yang berkaliber dan penulis yang disegani,” kata Puan Suraya kepada anaknya.
A Tuan C Awak
B Anda D Beliau
38. Ayah sedang berbual dengan kawan ________ melalui telefon.
A ku C dia
B anda D nya
39. “Mengapakah _________________ datang lewat?” tanya guru disiplin kepada Ming Wei.
A kalian C kamu
B kita D kami
40. Balan dibawa ke hospital kerana ______________ keracunan makanan.
A kami C dia
B saya D kita
41. “_____________ berjanji akan menuruti segala nasihat dan tunjuk ajar datuk,” kata cucu-cucu itu kepada Pak Ngah.
A Kami C Patik
B Saya D Kalian
42. Murid baru itu peramah orangnya. ________________ berpindah ke sini kerana mengikut bapanya yang ditugaskan di sini.
A Saya C Beta
B Hamba D Dia
43. Segala nasihat ibu akan ___________ turuti.
A awak C dia
B saya D kalian
44. “Datuk dan nenek ____________________ tinggal di Pulau Besar,” kata Tamanah kepada Vijay.
A mereka C kami
B saya D patik
45. “Ampun ____________, pada pandangan patik, eloklah penderhaka itu dimaafkan,” sembah Bendahara kepada Sultan.
A patik C beliau
B tuanku D beta
46. “Adakah __________ sudah bersedia untuk mendirikan khemah?” tanya ketua pengakap itu.
A baginda C kami
B beliau D kamu
47. Penduduk-penduduk Taman Aman sedang membersihkan longkang-longkang yang tersumbat. __________ bergotong-royong melakukan kerja-kerja tersebut.
A Beliau C Mereka
B Kami D Dia
48. “Dayang, sediakan santapan ___________ sekarang,” titah Sultan Mansur Shah.
A aku C saya
B beta D hamba
49. Rahman dan Swee Lan berkawan baik. Hubungan ___________ rapat umpama adikberadik.
A mereka C beliau
B dia D kami
50. “__________ akan memulakan latihan sekarang juga,” kata Faiz dan Hakim serentak.
A Dia C Kalian
B Kami D Anakanda
JAWAPAN
1 A 11 D 21 D 31 A 41 A
2 C 12 B 22 B 32 A 42 D
3 C 13 C 23 A 33 C 43 B
4 C 14 A 24 C 34 D 44 B
5 D 15 B 25 B 35 B 45 B
6 A 16 C 26 B 36 B 46 D
7 D 17 A 27 A 37 C 47 C
8 B 18 A 28 C 38 D 48 B
9 A 19 A 29 B 39 C 49 A
10 B 20 A 30 C 40 C 50 B
0 Comments