KATA HUBUNG
Pilih jawapan paling sesuai.
1. Pelajarannya bertambah merosot __________ ibunya meninggal.
A atau C sejak
B dan D serta
2. Awak mesti pulang sekarang _______hari sudah malam.
A dan C supaya
B kerana D lalu
3. Pengawal itu membuka pintu _________ dia menjemput kami masuk.
A lalu C kerana
B tetapi D jika
4. Saya akan datang ________hari tidak hujan.
A dan C jika
B lalu D semenjak
5. Pak Ali sudah tua _________ dia masih kuat bekerja.
A oleh sebab C hingga
B sambil D tetapi
6. Osman suka bermain badminton _______ dia malas belajar.
A dan C tetapi
B sambil D supaya
7. Selepas mandi, kami berjalan-jalan di pantai ________ berbual –bual.
A sambil C semenjak
B hingga D jika
8. Dia sedang menari __________ menyanyi.
A dan C sambil
B serta D jika
9. Dia tidak datang ke sekolah __________sakit.
A lalu C atau
B hingga D kerana
10. Awak hendak beg yang berwarna kuning _______ yang berwarna biru?
A dan C atau
B serta D lalu
11. Di dalam almarinya ada pakaian _________ topi.
A atau C dan
B jika D sambil
12. Emak membancuh air kopi _________ menuangnya ke dalam cawan.
A atau C dan
B lalu D sambil
13. Pak Cik Salim mengucapkan selamat tinggal _______ melambai-lambaikan tangan.
A sambil C dan
B jika D atau
14. Kamu mesti hadir ke sekolah _________ kamu sakit.
A kecuali C sekiranya
B semenjak D kerana
15. Hafiz suka membaca majalah __________ komik.
A atau C dan
B lalu D sambil
16. Farid sudah melelapkan mata ______________ ayah balik.
A sewaktu C tetapi
B selepas D sementara
17. Tidak kira murid lelaki ___________ murid perempuan, semua mesti berpakaian
seragam.
A dan C serta
B mahupun D tetapi
18. Adik mencuci pinggan _________ makan malam.
A walaupun C sewaktu
B apabila D selepas
19. Pemuda itu duduk sahaja _________orang lain sibuk bergotong-royong.
A kecuali C malahan
B melainkan D padahal
20. Joo Lian tersenyum _________ menjeling ke arah kami.
A atau C kecuali
B maka D sambil
21. Mona ______ adiknya berjalan beriringan di tepi sawah padi itu.
A jika C dan
B atau D tetapi
22. Kami selalu keluar bersama-sama __________ keluarganya tinggal di sini.
A tetapi C lalu
B sejak D supaya
23. Cuaca pagi ini kurang baik, ______________ para nelayan tidak turun ke laut.
A atau C jika
B maka D agar
24. ________ hidupnya miskin,tetapi dia tidak suka meminta-minta.
A Oleh sebab itu C Meskipun
B Di samping D Oleh itu
25. Puan Mariama pengsan _______________ berita tentang kematian anak kesayangannya dimaklumkan.
A hingga C apabila
B lalu D bahawa.
26. Baik Ramli ____________ Karim mempunyai kegemaran dan minat yang sama.
A tetapi C dan
B mahupun D bukan apa
27. Masalah ini tidak akan selesai ________ kamu tidak mahu mengalah.
A bahawa C sejak
B atau D selagi
28. _________tersenyum, menoleh _________ dia tidak mahu.
A Makin…makin C Meskipun…tetapi
B Bukan saja…bahkan D Jangankan…pun
29. “Kian hari _______ membesar perut anak kecil yang menghidap penyakit busung itu,” kata Dr. Kamal.
A semakin C tambahan pula
B kian D mahupun
30. Saya akan berusaha mencari adik saya itu _______menghadapi pelbagai rintangan.
A kerana C jika
B meskipun D serta
31. Wang yang banyak akan habis juga _______ tidak diurus dengan baik.
A serta C dan
B sebab D jika
32. _______tanda dilarang merokok tergantung di situ, ______ masih ada orang yang merokok.
A Sedangkan… tambahan pula
B Sungguhpun … namun
C Bukan saja …bahkan juga
D Walaupun …kecuali
33. Cerita tentang makhluk asing itu ___________ benar ____________ tidak.
A baik…baik C kian…entah
B entah…entah D makin…makin
34. ____________kotak seringan ini tidak terangkat, ________________ beg seberat itu.
A Sedangkan … inikan pula
B Jangankan … pun
C Bukan saja … bahkan juga
D Baik … mahupun
35. ________ Ramli tidak sihat, dia tetap mengetuai ekspedisi ke Gunung Tahan itu.
A Jika C Agar
B Sejak D Walaupun
36. Kita perlu mencuci tangan ___________________ menjamah makanan.
A dan C jika
B ketika D sebelum
37. Salim dan adiknya selalu menonton televisyen __________________ larut malam.
A hingga C sambil
B jikalau D atau
38. Klinik itu dibuka setiap hari selama 24 jam_____pada hari Jumaat.
A agar C kecuali
B serta D supaya
39. Rahman tiba di majlis itu _____________ pengacara majlis mengumumkan namanama penerima pingat.
A ketika C sambil
B lalu D kerana
40. Setiap pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh___________________lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
A lalu C agar
B bahawa D dan
41. Pelajar perlu membaca soalan peperiksaan dengan teliti_____________ tidak kelalukan kesalahan.
A dan C supaya
B sambil D lalu
42. Johari sedang berbual-bual dengan Salaman _____ rakan- rakan yang lain sedang mengulang kaji pelajaran.
A selagi C namun
B manakala D Walaupun
43. Kakak membaca buku cerita ___________ menunggu bas untuk ke sekolah.
A sementara C tetapi
B jika D kecuali
44. Fatimah masih belum membuat keputusan sama ada menerima _____________ menolak pinangan lelaki yang kaya itu.
A dan C atau
B tetapi D kerana
45. Sebelum abang berangkat ke London,bapa memberikan nasihat ______________ mengusap wajahnya.
A lalu C sambil
B kerana D semenjak
46. Puan Nurul mempelawa Azizah __________ Siti masuk ke dalam rumah ___________ Raihan bersiap.
A dan…sementara C atau…sambil
B serta…lalu D semenjak…kerana
47. Cikgu Jagreet meminta murid- murid mengeluarkan buku teks ______________ buka halaman ketiga.
A dan C manakala
B agar D sambil
48. Semua murid senyap______________ guru disiplin masuk ke dalam kelas.
A supaya C sambil
B apabila D supaya
49. Abang Osman tidak ke pejabat __________________ dia berasa kurang sihat.
A kerana C atau
B lalu D jika
50. Ayub memberitahu ibunya_______________ dia akan pulang lewat pada malam nanti.
A kecuali C supaya
B apabila D bahawa
JAWAPAN:
KATA HUBUNG
1 C 11 C 21 C 31 D 41 C
2 B 12 B 22 B 32 B 42 B
3 A 13 A 23 B 33 B 43 A
4 C 14 A 24 B 34 A 44 C
5 D 15 C 25 C 35 D 45 C
6 C 16 A 26 B 36 D 46 A
7 A 17 B 27 D 37 A 47 A
8 C 18 D 28 D 38 C 48 B
9 D 19 D 29 B 39 A 49 A
10 C 20 D 30 B 40 C 50 D
0 Comments