Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Puisi : Angin

Puisi : Angin

Perkongsian puisi dalam blog ini adalah sebagai salah satu intepretasi diri, dalam bermain dengan kata kreatif, metafora dan sebagainya.. di mana-mana jemari terfikir untuk mencoret, maka lahirlah puisi mengikut keadaan sesuatu situasi...

Puisi : Angin



Bukan indah khabar kau bawa
meniup cuping telinga
kadang sesepoi bahasa
bila gelora mengganas
kau terbangkan segala gembira!

jika kau tiada
panas alam semesta
jika kau ada
nyaman serata buana

kau bukan bunga
yang boleh ku cium jika ku suka.
kau bukan sampah
yang boleh ku buang jika ku benci

kau ada
kerana DIA ada.

Dizahirkan pada,
28.7.2008
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.