Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Review Novel: Bumi Cinta Karya Habiburrahman El Shirazy

Salam hormat,


Review Novel:  Bumi Cinta Karya Habiburrahman El Shirazy
Semenjak novel Ayat-Ayat Cinta diterbitkan, saya terus jatuh cinta dengan karya2 penulis Islamik tersohor Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Kemudian saya mendapatkan novelnya Dalam Mihrab Cinta (2007) juga sebuah Novel Pembangun Jiwa. Dan akhirnya pada tahun lepas saya membeli Bumi Cinta.


Novel yang bertajuk Bumi Cinta ini masih merupakan novel dengan kisah romantik yang membawa mesej yang sarat sebagai novel pembangun jiwa, sebagaimana novel-novel beliau yang lain seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Bahkan Ayat-Ayat Cinta dan KCB keduanya telah difilemkan. Kali ini melalui Bumi Cinta, Habiburrahman mengeksplorasi keindahan bumi Rusia, khususnya kota Moskow.

SINOPSIS:

Kisah seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang bekas penuntut sekolah pondok. Muhammad Ayyas yang sebelum itu menuntut di Madinah ini berniat untuk mengerjakan tugas penyelidikannya mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.

Ketika tiba di Rusia Ayyas disambut oleh teman lamanya bernama David. David inilah yang mencarikan apartment tempat tinggal untuk Ayyas. Oleh kerana budget yang kecil, David hanya mampu mendapatkan sebuah apartment yang dikongsi dengan penyewa lain. Yang parahnya, teman serumah Ayyas adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Maka, bermulalah masalah Ayyas dari sini.

Yelena seorang pelacur kelas atasan dan Linor seorang pemain biola yang akhirnya diketahui sebagai agen rahsia Mossad, mereka inilah wanita2 yang menjadi teman serumah Ayyas. Apartment yang memiliki 3 bilik ini memaksa Ayyas kena selalu berinteraksi dengan keduanya di ruang tamu, dapur dan ruang keluarga. Ini semua merupakan godaan keimanan yang amat dahsyat bagi Ayyas yang mencuba menjaga kesucian dirinya sebagai seorang muslim.

Godaan bagi Ayyas tidak hanya sampai di situ, pembantu pembimbingnya di MGU adalah seorang gadis muda jelita bernama Anastasia, seorang penganut kristian ortodoks yang sangat taat. Perhubungan yang rapat dengan Anastasia pelbagai rasa di hati Anastasia kepada Ayyas. Gadis jelita itu amat tertarik dengan Ayyas.

Di dalam novel ini juga digambarkan bagaimana si Yelena dilanda konflik dengan ketua sindiket pelacuran, dan Linor si agen Mossad sedang merancang satu rancangan jahat kepada Ayyas, iaitu menyiapkan penipuan dan fitnah sebuah pengeboman yang diarahkan dan bakal menuduh Ayyas sebagai pelakunya.

Tiga wanita inilah yang mendominasi jalan cerita dan kisah dalam Bumi Cinta. Namun, tidak ada konflik yang amat hebat sebagaimana dalam novelnya Ayat Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih. Dalam Bumi Cinta, Ayyas hanya "nyaris" dipenjara kerana difitnah melakukan pengeboman di Hotel Metropole oleh Linor.

Namun begitu ada juga dialog yang agak panjang dalam novel ini terutamanya membabitkan perbualan antara Ayyas dan Anastassia. Lagi satu, Muhammad Ayyas digambarkan sebagai seorang watak/tokoh yang terlalu sempurna. Muhammad Ayyas digambarkan sebagai seorang yang biasa2 sahaja, tidak tampan dan juga tidak buruk, namun sebaliknya ia sangat cerdas, soleh, tawadhu, memiliki kepekaan sosial yang luar biasa, sangat romantis dan sifat-sifat baik yang lainnya.

Dalam Bumi Cinta digambarkan kota Moskow dengan amat terperinci, lokasi-lokasi strategik, gedung-gedung bersejarah, makanan khas Rusia, metro yang merupakan kebanggaan masyarakat Moskow, gaya hidup masyarakat di sana serta hal lainnya. Semua digambarkan dengan sangat jelas dan teliti. Dailog2 dalam bahasa Rusia di dalam novel ini juga benar-benar mampu menghanyutkan perasaan kita yang membaca hinggakan kita seakan benar-benar berada di negara Rusia.

Kalau nak tahu kisah penuh novel ini, jangan lupa dapatkan satu untuk koleksi dan sebagai sumber pembangun jiwa yang amat mahal nilainya untuk digambarkan dengan kata2.

Kalau anda semua dapatkan novelnya, lagi dapat bayangkan suasana di Russia antaranya salji yang turun apabila dilimpahi cahaya matahari. Novel Bumi Cinta karya Habiburrahman ini amat bernilai sebagai pengisi kekosongan hati yang sedang mencari2 keutuhan jiwa.

Selamat membaca.
aynora nur

Post a Comment

3 Comments

  1. as salam..
    wah..review novel

    ^^,

    pakcik suka~ tapi buat masa ni tak dapat nak fokus. ada hal perlu diuruskan sebelum bertolak balik ke rusia.

    apa2 pun, dah bookmark.
    bagus blog ni. jadi web tempat menghimpunkan karya dna review

    :)

    ReplyDelete
  2. w/salam...
    tq datang, baca dan komen.
    Insya'allah saya akan terus berkarya dan meng'review' karya2 penulis yang hebat2...

    ReplyDelete
  3. salam..sya nk tnya..de x sambungan novel nie..rasenya novel nie de sambungan kan...

    ReplyDelete

close