Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Doa Dibaca Setiap Kali Melangkah Masuk Ke Dewan Peperiksaan

Doa Dibaca Setiap Kali Melangkah Masuk Ke Dewan Peperiksaan. Kami kongsikan doa khas untuk student agar boleh diamalkan sepanjang masa. Agar ilmu yang telah dituntut, ilmu yang baik-baik tak akan luput dari ingatan. Sentiasa dalam keadaan tenang. Insya Allah.

Doa ini adalah antara siri himpunan doa persediaan peperiksaan oleh Ustazah Asma Harun dan admin kongsikan di sini sebagai rujukan para pelajar yang akan dan sedang menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka.

Peperiksaan bukan sekadar ujian formal kepada anda semua sebagai pelajar tetapi lebih dari itu ia mahu mengukur sejauh mana usaha, doa dan tawakkal telah disemat kukuh dalam mendepaninya. 

Doa Dibaca Setiap Kali Melangkah Masuk Ke Dewan Peperiksaan

Bacaan doa ketika masuk ke dewan peperiksaan dalam rumi: 


Rabbana aa tinaa milladunkkarohmah
Wa hayyik lanaa 
Min amrinaa rasyada


Maksudnya:


Ya Allah, kurniakanlah kami rahmat di sisiMu dan persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu.

Setelah berdoa, serahkanlah semuanya pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penolong kepada hambaNya yang amat memerlukan.

Semoga kejayaan cemerlang dan luar biasa mengiringi perjalanan hidup anda pada hari-hari mendatang.

Post a Comment

0 Comments

close