Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Biodata Shahnon Ahmad

Biodata Shahnon Ahmad

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Shanon bin Ahmad (atau nama penanya Juwahir, Tutang) dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah. Beliau kini menetap di 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700Gelugor, Pulau Pinang.

Shahnon bersekolah di Sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V (1946) ; Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan.

Beliau bertugas sebagai guru di Grammer English School, Kuala Terengganu (1954); Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan (1955-1956). Kecederaan yang dialaminya menyebabkan beliau menjadi guru semula dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah (1957-1959).

Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid (1960-1963); pindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim(1967). Tahun 1968 menjadi pegawai penyelidik di Australian National University (ANU), Canberra, Australia.Di sana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda (1971).

Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim ; pensyarahUniversiti Sains Malaysia (1974) dan memperolehi Sarjana Sastera USM (1975). Shahnon dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (1979) ; Profesor Sastera USM (Jun 1980) ; profesor penuh di USM (1982) ; dan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.


Novel

  1. Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.
  2. Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.
  3. Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.
  4. Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.
  5. Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.
  6. Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.
  7. Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.
  8. Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.
  9. Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.
  10. Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.
  11. Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.
  12. Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.
  13. Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.
  14. Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.
  15. TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.
  16. Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm
  17. Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.
  18. Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm.
  19. Shit


Tahun 1975, Shahnon diberi kepercayaan sebagai anggota Panel Hadiah Karya Sastera; gelaran `Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn (1976) ; Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan (1982) ; Panel Hakim Hadiah Karya Sastera (1983).

Beliau menerima darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Sultan Kedah (1980) ; Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993.

**republish entry

Post a Comment

9 Comments

  1. Saya juga meminati dan mengagumi SN Shahnon Ahmad. Saya cuba untuk mengumpul koleksi karyanya.

    ReplyDelete

  2. Very pretty and classy, love the look :)
    I follow you now!
    Follow me back on facebook ,twitter,and GFC
    love you dear :)

    Marcchanelette.blogspot.com
    Marcbelle Chanelene

    ReplyDelete
  3. nice one. Salam kenal & tq sudi follow KA n dah follow u back ye 336

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome KA, tanpa pembaca dan follower blog, siapalah mykarya.net kan?

      Delete
  4. SAYA BERBANGGA KERANA SAYA SEDANG MENGKAJI SALAH SATU CERPEN SN SHAHNON AHMAD.

    ReplyDelete
  5. SAYA BERASA GEMBIRA SETELAH TAHU BIODATA DATO'SHAHNON AHMAD IAITU SASTERAWAN NEGARA YANG SAYA MINATI SELAMA INI.

    ReplyDelete
  6. Karya sahnon memang bagus dan mantap . cuma ada sekali shahnon merosakkan martabatnya sebagai sasterawan dan Prof sastera dengan penghasilan novel "shit" sampai hari ini aku masih menyimpan novel tersebut ..setiap kali membacanya aku menggeleng gelengkan kepala...dimankah shahnon mendapat kekuatan utuk menghasilkan novel seburuk itu...

    Selebihnya aku mengenali Shahnon sebagai pengarah Pusat Islam dan ada juga sekali sekala menyelinap didalam syarahan syarahan beliau di USM ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ada novel nipis karangan Shahnon Ahmad berjudul 'SHIT'. Warna kulit buku pun tak menarik macam warna **** jugak. Kandungannya macam sebuah karangan panjang yang berilusi dalam diri sendiri.

      Memang berbeza dengan novelnya yg lain.

      SHIT penuh sejarah 'kotor' dan kontroversi.

      Delete
  7. Appreciate this post. Let me try it out.

    ReplyDelete

close