Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

JAKIM Merancang Serapkan 3000 Guru KAFA Ke Jawatan Tetap

JAKIM Merancang Serapkan 3000 Guru KAFA Ke Jawatan Tetap. Alhamdulillah. Semoga jadi kenyataan. Kami berharap golongan guru KAFA ni dapat pembelaan yang sewajarnya. Berikan mereka peluang yang sama rata untuk mendapat faedah dari jasa dan khidmat mereka mendidik anak bangsa kita.

Namun, seperti sedia maklum bukannya mudah dah buat perubahan ni. Kena ada tapisan, saringan, prestasi mereka selama menjadi guru sementara dulu yang akan diambilkira.

JAKIM Merancang Serapkan 3000 Guru KAFA Ke Jawatan Tetap


JAKIM Merancang Serapkan 3000 Guru KAFA Ke Jawatan Tetap

Di bawah ini adalah keratan berita dari BH Online.

PARIT BUNTAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merancang untuk menyerap antara 1,000 hingga 3,000 guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke dalam jawatan tetap sebagai langkah permulaan ke arah membela kebajikan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, untuk tujuan itu pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat saringan terhadap guru berkenaan sebelum mereka diserap ke jawatan tetap.

“Proses saringan ini dari segi prestasi, khidmat dan kelulusan akan dibuat oleh JAKIM dengan JPA. Kita berharap melalui proses ini sekurang-kurangnya 1,000 hingga 3,000 guru KAFA dapat dilantik (ke jawatan tetap),” kata menteri agama kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sinar Harapan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian dekat sini hari ini.

Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru KAFA bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis KAFA seluruh negara ketika ini.

Ramai tu, kami memang sokong dasar yang ini jika ia jadi kenyataan. Semoga dengan dilantik ke jawatan tetap semakin meningkatkan tanggungjawab guru-guru KAFA dalam mendidik anak-anak kita.

Post a Comment

0 Comments

close