
Adab Pada Awal Temuduga
- Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga;
- Mendengar dan menjawab soalan dengan betul;
- Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi;
- Bersikap tenang dan tidak gementar;
- Jangan menguasai sesi temuduga;
- Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak;
- Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan;
- Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah;
- Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain;
- Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga;
- Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga;
Adab Pada Akhir Temuduga
- Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga;
- Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda;
- Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun.
- Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal.
Selamat maju jaya dalam temuduga anda!
0 Comments