Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Pendaftaran Untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) Di KWSP



Pendaftaran Untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) Di KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa mulai hari ini, pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan mereka menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.

Pendaftaran Untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) Di KWSP

Dah diterangkan di atas bahawa caruman minima i-Suri hanya RM5.00. Kemudian kerajaan akan bagi tambahan RM40.00 sebulan sebagai insentif. So setiap bulan ada simpanan RM45.00 bagi surirumah.   
Pendaftaran Untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) Di KWSP

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi) Dato’ Mohd Naim Daruwish berkata, “Pembukaan pendaftaran i-Suri hari ini adalah berikutan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018 minggu lepas.

“Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP, seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60, Bantuan Hilang Upaya, dan Bantuan Kematian. Ini adalah sebagai tambahan kepada insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.”

Menurut statistik eKasih, seramai 221,890 suri rumah, 98,536 balu, dan 28,116 ibu tunggal dari segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif Kerajaan tersebut setelah mendaftar untuk i-Suri.

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia. 

Sumber: KWSP

Post a Comment

0 Comments

close