Potongan Gaji Berjadual Bagi Peminjam PTPTN Bermula Pada Kadar RM40

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gaji mereka mencecah RM2,000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata, potongan itu akan meningkat secara berkala sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.

Potongan Gaji Berjadual Bagi Peminjam PTPTN Bermula Pada Kadar RM40


Potongan Gaji Berjadual Bagi Peminjam PTPTN Bermula Pada Kadar RM40


“Bagi tujuan kurangkan beban anak muda dalam membuat pembayaran balik, Kabinet pada 23 Nov 2018 telah memutuskan supaya potongan gaji ke atas peminjam PTPTN sebanyak 2 peratus atau RM40 sebaik saja gaji peminjam mencecah RM2,000, dan potongan ini meningkat secara secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan mereka.

Bermaksud, jika gaji naik setiap tahun, kadar bayaran balik potongan gaji juga akan meningkat.

“Mengenai janji bayaran balik sehingga RM4,000 (seperti kerajaan akan pertimbangkan semula apabila kedudukan kewangan mengizinkan,” katanya lagi. 

Potongan akan meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji peminjam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan RM2,000 sebulan akan bermula pada 1 Januari 2019. 

Tambahnya lagi, bayaran pinjaman akan meningkat seiring pendapatan diperoleh peminjam.

Kepada peminjam PTPTN diharap anda bersedia dengan komitmen berjadual ini bagi mendisplinkan bayaran balik hutang belajar anda.

Yang bagusnya, pengecualian bayaran balik pinjaman turut dikhususkan buat peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

Bagi yang masih belajar, dapatkan keputusan yang cemerlang maka anda akan dapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.

Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments