Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Dalam Hujan Sabar Yang Indah

Petang jam 6:15. Hujan turun lebat. Satu satu titik hujan menimpa bumbung kereta. Bunyinya yang kasar menandakan hujan amat deras. Penglihatan mata jadi terhad. Langkah panduan kereta jadi macam kura-kura. Mencabar sungguh!

Fikirkan yang lebih indah.

Hujan ini ujian. Kesesakan ini dugaan. Sesiapa yang sabar, indahnya dunia umat itu. Dapat pahala. Sesungguhnya mereka yang sabar dan redha itu adalah golongan yang beruntung.


Kesesakan Belajar Sabar


Dalam kesesakan, ucapkanlah:

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah

Sabarnya dia. Indahnya.

Belajar sabar dalam kesesakan. Hujan yang mencurah bagai berzikir kepada Sang Penciptanya. Entah bila mahu reda. Kita pun kena belajar lagi. Redha. Akhiran yang indah juga. Lebih indah bila dalam menanti hujan kita dikurnia balasan yang baik.

Dalam hujan dalam sabar memang tak mudah. Bibir berkata tetapi hati di dalam belum mampu sekata berkata. Adakah sabar di luar basah dek hujan mampu sejukkan hati yang terbakar? Tanya lah pada sesiapa.. mahu jawapan pun belum tentu sepadan.

Bersabar banyak-banyak orang kata, tapi yang berkata pun sedang tak tertahan sabar. 😅😅

Coretan dalam jammed:
Malaysia

Post a Comment

0 Comments

close