Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Panduan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2023

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 & 4 2023.. Permohonan ke MRSM untuk tahun 2023 telahpun di buka kepada pelajar yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak MRSM. 

SENARAI PROGRAM SISTEM PENDIDIKAN MRSM:


🔹️ MRSM PROGRAM PREMIER
🔹️ MRSM PROGRAM IGCSE
🔹️ MRSM PROGRAM ULUL ALBAB
🔹️ MRSM PROGRAM TEKNIKAL
🔹️ MRSM PROGRAM IB-MYP
🔹️ MRSM PROGRAM BITARA



Iklan berkaitan kemasukan ke MRSM tahun 2023

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2023


1. Calon warganegara Malaysia.
2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.3. Calon memohon secara dalam talian (online).
4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2023.
5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
6. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.


PANDUAN PERMOHONAN KE MRSM TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 20231.


Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

4. Pemohon perlu mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.


Baca : DIA TAK PERNAH MENINGGALKANMU WALAUPUN SESAAT

Post a Comment

0 Comments

close