Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Mengapa Sarapan Pagi Penting Untuk Pelajar?

Sarapan pagi penting untuk pelajar. Mengapa?? Ingatkah anda dengan zaman persekolahan dahulu? Apakah perkara yang paling korang tak suka buat di awal-awal pagi. Kalau pergi sekolah naik bas, lagi-lagi jaraknya berbatu jauhnya daripada rumah, sempatkah korang menjamah sarapan pagi? Mana yang penting sarapan sebentar ataupun tidur dalam bas...

Jika korang pernah duduk di asrama, sarapan pagi sentiasa tersedia dan oleh kerana jadual sudah ditetapkan begitu, kita pun makan sarapan pagi tanpa banyak soal. Jadi, mari kita berfikir sebentar, apakah mengambil sarapan pagi penting? Sudah tentu jawapannya ya, kerana beberapa sebab yang akan saya kongsikan di bawah.

Sarapan Pagi Penting Untuk Pelajar


Mengapa sarapan pagi penting kepada pelajar? Apa yang perlu dilakukan jika mahu anak-anak makan sarapan mereka?

1) Sarapan adalah hidangan yang sangat penting dan tidak patut diabaikan oleh pelajar kerana ia memberikan tubuh tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari.

2) Pelajar yang mengambil sarapan walaupun hanya dengan segelas susu akan menjadi lebih bertenaga dan aktif.

3) Tumpuan terhadap pelajaran menjadi semakin maksima dan konsisten, ia meningkatkan kemampuan otak.

4) Dengan bersarapan juga dapat memenuhi keperluan nutrien untuk tubuh kita. Menu sarapan seperti cereal @ bijirin dengan susu atau yogurt rendah lemak pun sudah cukup memberi kalsium dan serat kepada tubuh anak-anak kita.



Selain daripada sebab di atas, sarapan juga memberikan kebaikan berikut;

1) Sarapan boleh menurunkan berat badan


Ketika melakukan aktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat, tetapi dengan mengambil sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien. Makanan yang bagus di ambil pada waktu pagi adalah seperti oatmeal atau roti gandum asli. Makanan dengan kadar serat yang tinggi dan rendah gula akan lambat dicerna, sehingga menyediakan tenaga yang berterusan dan membuat kita tidak cepat lapar. 

2) Sarapan pagi sebagai perlindungan terhadap sakit jantung


Tinjauan menunjukkan bahawa wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol yang lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk cereal bersama dengan susu di pagi hari. Serat dalam kandungan Oat dapat mengikat kolesterol dan mempercepatkan eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penyelidikan yang dilakukan oleh Harvard Nurses Health selama 10 tahun mendapati bahawa pengambilan serat tinggi berkait rapat dengan penurunan risiko penyakit jantung sehingga 50%. 

Tips sarapan sihat


Sarapan sebaiknya mengandungi sekurang-kurangnya 5 gram serat, satu hidangan kalsium (sama dengan segelas susu atau yogurt) serta protein dan lemak. Elakkan pengambilan gula hingga 6 gram (satu sudu besar sama dengan 4 gram).


1) Jika tak ada waktu sarapan di rumah, kita boleh membawa roti dan susu untuk dinikmati semasa perjalanan atau pun setelah sampai di tempat kerja.

2) Telur dadar bahan makanan yang praktikal dan mudah disajikan. Kandungan nutrien dalam telur iaitu vitamin A, B2, B6, B12, zat besi, kalium, kalsium, dan zat lain, sangat diperlukan tubuh kita.

3) Untuk mempelbagaikan sarapan, kita boleh mengambil buah kesukaan untuk keperluan vitamin bagi tubuh. Jika ada waktu di malam hari, kisarlah buah dicampur yogurt atau susu dan simpanlah di peti ais untuk diambil pada pagi keesokan harinya.

Selamat membaca, happy reading...

Post a Comment

0 Comments

close