Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2021/2022

Permohonan ke Program Matrikulasi sesi 2021/2022 telah dibuka dari 15 Mac hingga 15 April 2021. Jika anda tidak berminat melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, anda boleh memohon ke program matrikulasi. Program matrikulasi adalah program foundation, dan apabila tamat nanti, boleh terus memohon ke program ijazah sarjana muda di mana-mana universiti tempatan. Program matrikulasi dijalankan selama lebih kurang 1 tahun. Pelajar akan diberikan elaun sebanyak RM250 sebulan sepanjang berada dalam program matrikulasi.

Program Matrikulasi KPM menawarkan dua program iaitu:

1. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester yang dilaksanakan dalam tempoh setahun yang menawarkan jurusan seperti yang berikut:
a) Jurusan Sains;
b) Jurusan Kejuruteraan;
c) Jurusan Perakaunan; dan 
d) Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) (Bumiputera sahaja)

2. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester yang dilaksanakan dalam tempoh 
dua tahun (Bumiputera sahaja) yang menawarkan Jurusan Sains sahaja.


Permohonan Ke Program Matrikulasi Sesi 2021/2022



Sila layari matrikulasi.moe.gov.my/ untuk permohonan secara dalam talian dan sila imbas kod QR bagi syarat-syarat permohonan.

Permohonan ke program matrikulasi tahun 2021/2022

Permohonan secara dalam talian ke Program Matrikulasi KPM bagi calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020 akan dibuka mulai 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021.
Permohonan adalah PERCUMA dan tidak memerlukan pembelian nombor PIN

Syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dari laman web rasmi ;


Selamat mencuba. Semoga berjaya!!


Post a Comment

0 Comments

close