Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Selamat Hari Guru 2023, Cikgu!

Selamat Hari Guru 2023, Cikgu! Di mana-mana ada guru, di situ pasti ada anak muridnya. Bermakna, guru insan paling berjasa kerana masuk alam persekolahan gurulah yang memperkenalkan huruf dan angka kepada kita. Emak bapak kita semua pun pernah ada guru. Anak-anak kita pun ada gurunya. Jadi, usah berkecil hati jika masuk alam persekolahan saja, anak-anak lebih mempercayai guru daripada ibu bapanya sendiri.

Selamat Hari Guru 2023, Cikgu!

Tarikh Sambutan Hari Guru


Hari Guru di Malaysia di sambut pada 16 Mei setiap tahun. Tarikh ini dipilih sebagai simbolik mengenang jasa dan pengorbanan seorang guru, samada ia kerjaya rasmi atau sebaliknya. Guru juga dipanggil sifu, ketua atau orang yang mengajarkan sesuatu kepada kita. Jadi, seorang pengajar buat kek, seorang jurulatih sukan atau seorang financial consultant mungkin juga "guru" bagi anda!

Tema Hari Guru 2023


Tema Hari Guru 2023 adalah Guru Insani Pemangkin Generasi Madani. Maksudnya secara ringkas, guru insani adalah guru yang bukan saja memiliki jiwa pendidik tetapi juga berserta prihatin, belas ehsan, berakhlak dan lain-lain sifat kemanusiaan yang tinggi. Generasi madani pula adalah generasi bertanggungjawab, berdaya saing dan beretika.

Jadi, guru insan penting yang menggerakkan generasi masa depan menjadi lebih kuat, berakhlak dan cemerlang dunia akhirat.

Ucapan Hari Guru 2023


1. Guru,
Engkaulah ibu dan ayah bila di sekolah
Pengganti tempat kami mengadu senang dan susah
Penguat semangat supaya tak kalah
Sentiasa cergas tak tunjuk lelah
Semoga redha dengan ilmu yang dihebah!

2. Cikgu.. tiada ucapan lebih bermakna di Hari Guru ini. Jutaan terima kasih atas segala jasa, tunjuk ajar dan curahan ilmu buat kami. Selamat Hari Guru Cikgu Tersayang.

3. Selamat Hari Guru.
Semoga dikau ikhlas selalu
Memberikan ilmu tanpa jemu
Semoga Allah membalas jasamu
Membimbing kami menjadi berilmu

4. Selamat hari guru, Cikgu! Atas semua jerih payahmu, lelahmu, kesabaranmu, ketabahanmu, dan setiap jengkal kasih sayangmu. Sungguh kami tak bisa balas dengan apapun.

5. Selamat Hari Guru, Cikgu! Terima kasih atas kesabaran, kebaikan, dan dedikasi yang dicuahkan tanpa henti.

Penutup

Hari Guru 2023 adalah sambutan hari guru tahunan yang tujuannya meraikan para guru yang berjasa kepda nusa dan bangsa. Pada awal persekolahan, cikgu atau gurulah yang memperkenalkan huruf dan angka kepada kita semua. Jadi, wajarlah kita raikan mereka dengan cara yang menggembirkan. 

Post a Comment

0 Comments

close