Studentviki | Pendidikan Dan Kerjaya

Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Permohonan IPG 2026 PISMP Untuk Lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi & Asasi

Permohonan IPG 2026 Untuk Lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi & Asasi. Hari ini, 12 Mac 2026 secara rasmi dibuka permohonan ke IPG untuk semua jenis lepasan yang diterima masuk. Bagi lepasan yang tidak tersenarai, maka tidak layak menggunakan sijil yang dimiliki itu untuk membuat permohonan. Sebaliknya, boleh guna semula SPM dengan maksima umur 20 tahun pada 30 Jun 2026.

Contoh, pelajar yang sedang buat program Asasi di Universiti Awam, kalau nak mohon, boleh guna semula SPM masing-masing tetapi bukan dengan kelulusan asasi tersebut. 

Permohonan IPG 2026 PISMP Untuk Lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi & Asasi


Hebahan Website KPM

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) & PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC)

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa kepada calon-calon lepasan SPM/ STPM/ STAM/ KV/ Matrik/ PPC berkelayakan untuk memohon sebagai Calon Guru Tajaan KPM bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang (PPC)

Permohonan dibuka: 12 Mac - 2 April 2026, mulai jam 10.00 pagi.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:

https://pismp.moe.gov.my atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Permohonan IPG 2026 PISMP Untuk Lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi & Asasi

Permohonan IPG 2026 Untuk Lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi & Asasi 

Siapa yang layak memohon?


1. Lepasan SPM tahun 2023, 2024 & 2025
2. Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2024 & 2025
3. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2024 & 2025
4. Lepasan program matrikulasi sesi 2024/2025 & 2025/2026
5. Lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kolej Vokasional sesi 2023 & 2024.

Permohonan IPG 2026 Untuk Lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi & Asasi 


Banyak perubahan berlaku tahun ini. Perubahan ketara ialah pada program yang boleh dipohon oleh pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi serta tambahan baharu untuk lepasan STAM bagi pengajian Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara.

Info lengkap berserta syarat program boleh semak di portal PISMP IPG. Jangan bimbang, walaupun permohonan ini ditutup pada 2 April 2026, TIADA KEPERLUAN memuat naik keputusan peperiksaan. Jadi, walaupun SPM akan diumumkan keputusannya pada 31 Mac, kita tetap boleh isi bermula pada hari ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di:

https://pismp.moe.gov.my atau imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

Senarai Semak Tarikh Penting & Peristiwa

Tarikh-tarikh penting proses permohonan IPG 2026 adalah sepertk di bawah:

Permohonan IPG 2026 PISMP Untuk Lepasan SPM/STPM/ Matrikulasi & Asasi

Selaamat maju jaya buat bakal guru semua.

Sumber :

1. FB Cikgu KD 

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement