Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Tips Skor Subjek Sejarah Dapat Markah Lebih 80%

Tips Skor Subjek Sejarah. Entah di mana silapnya subjek sejarah selalu saja jadi masalah kepada anak-anak, terutama susah nak score high marks atau markah tinggi. Apakah kerana mereka sukar mengingat fakta dan tahun kejadian peristiwa yang terlalu lama? Saya cuba cari info berkenaan tips untuk score dalam subjek sejarah, dan berkongsi dengan anda semua.

Tips Skor Subjek Sejarah Dapat Markah Lebih 80%

Tips Skor Subjek Sejarah Hingga Dapat Markah Lebih 80%


Subjek sejarah bukanlah subjek yang boleh korang jawab dengan cincai. Ia subjek yang penuh dengan fakta. Sebab itu namanya SEJARAH!

Selain dengan menghafal, anda kena tahu teknik betul untuk dapat markah lebih 80% atau skor A dalam subjek sejarah.

1. Highlightkan tajuk penting dari buku teks


- contoh tajuk tulisan tamadun mesopotamia
- ciri-ciri bandar terancang
- kemudian tulis kat note book, jadikan lirik lagu dan sebagainya

2. Banyakkan membuat latihan soalan-soalan SPM tahun lepas. 


- Pastikan dapat soalan latihan berserta jawapan sekali. 
- tukar-tukar soalan dengan pelajar sekolah lain

3. Jawapan KBAT, sertakan isi dan huraian dan sertakan kesimpulan di hujung jawapan


KBAT = Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Iaitu menguji kemahiran aplikasi, analisis, menilai dan mencipta.

4. Bagi soalan struktur, di hujung ada KBAT. Kalau nak dapat full markah, kena ada;


- kepala ayat/ tajuk
- isi
- huraian
- contoh
- kesan 
- masukkn inferens kecil untuk tutup ayat

##Inferens = sebab kenapa sesuatu itu terjadi berdasarkan apa yang dapat kita perhatikan

5. Untk essay/ karangan, kena lah ambil tajuk form 4 & 5


- Jika soalan- soalan fakta kurang pandai, jawapan KBAT pun ada markah! Jangan lupa KBAT pada setiap jawapan essay tu

Semoga apa yang dikongsikan di atas dapay membuka jalan dan minda anak-anak untuk score lebih 80% atau A untuk subjek Sejarah. 

Kalau pernah dapat G @ gagal, jangan berputus asa. Korang belum terlambat untuk bangkit berusaha dan terus berjaya.

Good luck!!

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.