Amalan Surah al Ala Untuk Mudah Urusan Menjawab Peperiksaan. Mudah-mudahan segala usaha kita di pandang oleh Allah SWT dan mengurniakan setiap anak-anak kita kemudahan menjawab peperiksaan. Lakukanlah apa saja usaha dan ikhtiar agar apa yang kita capai di kemudian hari menenangkan hati, memberikan kepuasan tersendiri.
Maka dari itu, kami kongsikan cara amalan untuk ingat apa yang di baca dan mudahkan urusan di dewan peperiksaan.
Amalan Surah al Ala Untuk Mudah Ingat Apa Yang Telah Dibaca Ketika Peperiksaan
Surah Al A'la - Surah Kegemaran Rasulullah
Maksudnya;
[1] Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), –
[2] Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
[3] Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
[4] Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
[5] Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering – (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
[6] Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu – dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
[7] Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
[8] Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
[9] Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
[10] Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
[11] Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
[12] Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
[13] Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
[14] Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[16] (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
[17] Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
[18] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, –
[19] Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
Cara Amalan Surah Al A'la
Bcalah surah al a'la seperti di atas, dengan cara berikut:
1. Ambil wuduk dahulu
2. Ambil segelas air kosong
3. Mula membaca surah al a'la seperti di atas
4. Sampai ayat ke 6, "Sanuk ri 'u kafala tansa" ... ulang baca 7 kali
5. Kemudian tiup ke dalam air dalam gelas tadi
6. Sambung bacaan hingga habis.
7. Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yamg dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Alhamdulillah. Mudah kan? Kita dah usaha, fizikal dan mental.. maka akhirnya kita mohon Allah bantu kita di medan peperiksaan.
Sumber:
1. https://melayu.ayatalquran.net/2016/05/surah-al-ala-terjemahan-bahasa-melayu/
0 Comments