Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah

Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah. Sebagaimana di kongsikan oleh Dato' Dr Zulkefli al Bakri, ilmu ada banyak. Ilmu dunia dan ilmu akhirat. Rezeki pun luas. Teramat luas. Amalan pula ada yang baik dan sebaliknya. Itu kita yang pilih.. 

Dalam setiap bidang atau cabang yang diberikan di atas, tentu kita berkehendak semuanya di berkati dan bermanfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Marilah sama-sama kita memohon (berdoa) agar dikurniakan semuanya dalam keberkatan. Barulah hidup penuh makna dan berguna. Tak sia-sia.

Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah


Doa Mendapat Ilmu, Rezeki Dan Amalan Yang Barakah


Marilah sama-sama kita amalkan. 

Doa Mendapat Ilmu, Rezeki dan Amalan 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً 

Maksudnya: "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭, 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚." 

Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa'ie dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan Ahmad (26602) ___ Doa ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah, katanya: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا 

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW apabila Baginda solat Subuh, dan memberi salam, Baginda membaca: “اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً” (Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima) 

Riwayat Ibn Majah (925) Dalam hadis yang lain, Nabi SAW jelas menyuruh kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan ilmu yang bermanfaat. 

Daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda: سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا، وَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ 

Maksudnya: “Mohonlah kamu semua kepada Allah akan ilmu yang bermanfaat dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat.” 

Riwayat Ibn Majah (3843), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3/276), Ibn Abi Syaibah (27248) dan Abu Ya'la (1927) Al-Hasan al-Basri berkata: “Ilmu ada dua; Ilmu di lisan dan ilmu di hati. 

Ilmu di hati adalah ilmu yang bermanfaat, sedangkan ilmu di lisan adalah hujjah Allah atas anak Adam.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 13/235) 

Manakala maksud rezeki yang baik adalah rezeki yang halal sepertimana disebut oleh Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahtani. (Lihat Syarh Hisn al-Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129) 

Marilah sama-sama kita beramal dengan doa ini. Tak kira bila dan di mana anda membacanya, yang penting setiap hari anda tak putus berdoa sebagaimana yang dianjurkan itu.

Kalau nak lebih afdal, bacalah sebaik bangun dari tidur iaitu selepas membaca doa bangun dari tidur.

Semoga bermanfaat.

Sumber

Rujukan FB Dato' Dr Zulkeifly Al Bakri, Menteri di JPM. 

Post a Comment

0 Comments

close