Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Doa Menghilangkan Rasa Malas Bagus Untuk Pelajar

Doa Menghilangkan Rasa Malas bagus untuk para pelajar. Sifat malas adalah sifat yang paling ditakuti dan tak ada ubatnya. Kalau kita kurung dia pun, kalau dah malas dia akan berbaring je dan malas melawan atau berusaha. Sifat yang amat merugikan semua bangsa atas dunia ini. Paling digeruni jika anda adalah seorang pelajar. Malas belajar mungkin anda akan jadi manusia yang tak berguna di kemudian hari. Marilah kita buang sifat malas dalam diri. Bangkitlah wahai muslimin dan muslimat. Jadilah umat yang berjaya dari dunia sampailah ke syurga.

Selain itu malas dalam beribadah juga disebabkan oleh banyaknya maksiat yang kita lakukan. Mohon dijauhkan! Jadi, mari amalkan doa di bawah bagi membuang malas dalam diri.

Doa Menghilangkan Sifat Malas Khas Untuk Pelajar


Doa Menghilangkan Rasa Malas Bagus Untuk Pelajar

Doanya dalam rumi:

Allahumma inni a'udzubika minal kasali
Wa a'udzubika minal jubni
Wa a'udzubika minal harami
Wa a'udzubika minal bukhli

Maksudnya:

Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas, dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadaMu dari pikun (nyanyuk) dan aku berlindung kepadaMu dari sifat pelit (kedekut).

Demikianlah perkongsian tentang doa hilangkan malas! Fahamilah rakan-rakan semua bahawa rasa malas ni tak ada ubatnya. Hanya diri kamu lah yang mampu mengatasinya dan melawannya secara habis-habisan.

Semoga kita mahu mengubah nasib diri. 

Post a Comment

0 Comments

close