Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Soalan Latihan Antonim Tingkatan 2 Dan Jawapan


SOALAN LATIHAN ANTONIM


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 

1. Hasraf mencurigai apa yang telah dilakukan oleh Amin terhadapnya selama ini. Perkataan berlawan bagi mencurigai ialah _________________. 

 A menganuti         C mentauhidkan

 B mempercayai       D mengharapkan 

2 Pengawal tidak membenarkan sesiapapun masuk melalui pintu itu kecuali mereka yang dibenarkan sahaja. Perkataan berlawan bagi masuk ialah _____________. 

 A redah   B keluar 

 C rempuh 

3 Ramai perajurit yang setia kepada sultan Melaka telah terkorban dalam pertempuran antara tentera Protugis. Perkataan berlawan bagi setia ialah ______________. 

 A akur          C bengis 

 B zalim          D derhaka 

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah. 

4 Kapal kargo yang penuh muatan dagangan sedang berlabuh itu milik Syarikat Melati Jaya Berhad. Perkataan berlawan bagi berlabuh ialah _______________. 

A belayar         C berlepas

 B berhenti         D mendarat 

5 Ulat beluncas gemar makan bahagian tumbuh-tumbuhan yang lembut dan hijau. Perkataan berlawan bagi lembut ialah _________________. 

 A keras        C padu 

 B pejal        D kuat 

6 Mangsa tsunami itu berasa sedih kerana banyak barangnya telah rosak. Perkataan berlawan bagi sedih ialah _________________. 

 A sukacita         C bangga 

 B senyum         D ketawa 

7 Kakak menyorong kerusi itu kepada Amran. Sementara itu, Yusri sudah terlena daripada tidurnya. Perkataan berlawan bagi menyorong dan terlena ialah __________. 

 A menarik ... terjaga      C meletak ... tercokoh 

 B memberi ... tertidur      D mengambil ... terduduk 

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah. 

8 Encik Rahmat membatalkan hasratnya hendak membeli kereta Proton Waja . Perkataan berlawan bagi membatalkan ialah _________________. 

A menafikan   B mengesahkan 

 C mengumumkan 

9 Pemuda itu telah dilantik sebagai pekerja sementara di Kilang Percetakan Majujaya. Perkataan berlawan bagi sementara ialah ______________. 

 A kekal          C. kejap 

 B kemas         D. kukuh 

10 Askar-askar berdiri tegak, ketika perbarisan itu diperiksa oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia. Perkataan berlawan bagi tegak ialah _______________. 

 A condong           C bengkok 

 B bongkok           D lengkong

11. Ayah bercadang untuk mengubah suai ruang dapur yang sempit itu. Perkataan berlawan bagi sempit ialah __________. 

 A luas           C banyak 

 B lebar           D panjang 

12. Suri menghayati lagu kegemarannya sambil memejamkan mata. Perkataan berlawan bagi memejamkan ialah __________. 

 A meluaskan         C menjernihkan 

 B mencelikkan         D mengenyitkan 

13. Sampan yang bocor itu tenggelam ke dasar sungai. Perkataan berlawan bagi tenggelam ialah __________. 

 A timbul           C hilang

 B hanyut           D hangus 

14. Warga emas yang uzur mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perkataan berlawan bagi uzur ialah __________. 

 A teguh           C kuat

 B tegak           D sihat 

15. Rumah Nek Siti sunyi setelah cucu-cucunya pulang. Perkataan berlawan bagi sunyi ialah __________.

 A bising           C nyaman 

 B sepi           D kuat 

16. Ibu menasihati adik supaya tidak boros apabila berbelanja. Perkataan berlawan bagi boros ialah __________. 

 A jimat           C simpan

 B kurang           D kedekut

17. Wardina enggan menceritakan masalahnya kepada Salmi. Perkataan berlawan bagi enggan ialah __________ 

 A malas           C sudi 

 B pasti           D izin 

18. Pada zaman dahulu sampan digunakan sebagai pengangkutan utama. Perkataan berlawan bagi dahulu ialah __________. 

 A moden           C lampau

B canggih          D sekarang 

19. Sejak berkerja di bandar, abang jarang pulang ke kampong. Perkataan berlawan bagi jarang ialah __________. 

 A kerap           C dekat 

 B rapat           D serik 

20. Ayah menggantikan tali ampaian yang kendur itu dengan yang baru. Perkataan berlawan bagi kendur ialah __________. 

 A keras           C tegang

 B lepas           D panjang. 

21. Syarikat percetakan itu telah ditubuhkan sejak dua puluh tahun yang lalu. Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah __________.

 A dibatalkan         C dimusnahkan 

 B ditutupkan          D dibubarkan 

22. Kenangan pahit pada zaman penjajahan Jepun dulu abadi dalam ingatan Tuk Kelana. Perkataan berlawan bagi abadi ialah __________. 

 A kekal           C kukuh 

 B sementara         D lenyap 

23. Wak Seman yang bakhil itu mengalami kerugian apabila gudang berasnya dirompak pada minggu lepas. Perkataan berlawan bagi bakhil ialah __________. 

 A kedekut          C penjimat 

 B pemurah          D pemboros 

24. Ayah mengingatkan Asri supaya berwaspada menggunakan mesin pemotong rumput. Perkataan berlawan bagi berwaspada ialah __________. 

 A berhati-hati   B lalai

 C ingat 

25. Cikgu Rajesh berasa was-was setelah mendengar keterangan yang telah diberikan oleh Azmi mengenai kehilangan buku perpustakaan itu. Perkataan berlawan bagi was-was ialah __________. 

 A yakin           C syak

 B ragu-ragu          D ikhlas 

26. Sebagai pekerja yang setia Pak Daud tidak sanggup mengkhianati majikannya. Perkataan berlawan bagi setia ialah __________. 

 A jahat           C garang 

 B degil           D curang 

27. Said mengajak abangnya berkhemah di Gunung Tebu bersama dengan kawan-kawannya. Perkataan berlawan bagi mengajak ialah __________.

 A menghalau         C mengheret 

 B menjemput         D menarik

28. Encik Yazir membatalkan rancangannya untuk membawa murid-muridnya ke bilik komputer kerana kesuntukan masa. Perkataan berlawan bagi kesuntukan ialah ____________. 

 A kelemahan         C kelebihan 

 B ketiadaan          D kekurangan

29. Pokok bunga itu segar semula selepas disiram air. Perkataan berlawan bagi segar ialah __________. 

 A layu           C suram

 B pucat           D letih 

30. Kehidupan keluarga Mak Munah yang melarat itu mendapat simpati orang ramai setelah tersiar dalam akhbar harian. Perkataan berlawan bagi melarat ialah __________. 

 A selesa           C gembira 

 B susah           D senang

31. Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu. Perkataan berlawan bagi menyokong ialah________________.

 A membina         C merobohkan

 B memasang         D merobekkan 

32. Hanya murid yang bersemangat kental akan dipertimbangkan untuk menyertai program kembara itu. Perkataan berlawan bagi kental ialah __________. 

 A lemah   C lembut 

 B longlai   D lesu

Soalan 33 berdasarkan gambar di bawah. 

33. Perkataan berlawan bagi aktiviti yang sedang dilakukan oleh murid-murid itu ialah ________________. 

 A menyeberangi   C merentasi

 B menempuhi    D menuruni 

34. Kain itu mahal kerana hasil buatannya sangat halus. Pilih perkataan berlawan bagi halus 

 A nipis   C keras

B kasar   D jarang 

35. Lampu di dalam bilik itu terpadam secara tiba-tiba. Pilih perkataan berlawan bagi terpadam 

 A menyalakan   C bersilau

 B bersinar   D mengerlip 

36. Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada tahun lepas. Perkataan berlawan bagi ditubuhkan ialah ______________. 

 A ditutupkan     B dibatalkan

 C dibubarkan     D dimansuhkan


JAWAPAN SOALAN ANTONIM


1 B       11 A         21 D         31 C

2 B       12 B         22 B          32 A

3 D       13 A         23 B          33 D

4 A        14 D        24 B          34 B 

5 A        15 A        25 A          35 B 

6 A         16 A        26 D         36 C 

7 A         17 C        27 A

8 B         18 D        28 C

9 A         19 A        29 A 

10 B        20 C        30 A

Post a Comment

0 Comments

close