Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Soalan Latihan Imbuhan Tingkatan 2 Dan Jawapan

SOALAN LATIHAN IMBUHAN

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Dua orang pemuda itu sedang ____________ di perhentian teksi.

A berucap C berbual

B bersyarah D berkata

2. Wong telah _____________ beberapa orang rakannya menghadiri majlis hari lahirnya yang kesepuluh.

A memaksa C mengundang

B menyuruh D merayu

3. Abang berasa marah kerana ___________dalam kesesakan jalan raya petang tadi.

A terlibat C terperangkap

B terkurung D terhimpit

4. Beberapa kilogram dadah telah ____________ oleh polis dalam serbuan di sebuah rumah banglo di Melaka.

A dihisap C dirampas

B direbut D disambar

5. Walaupun artis wanita itu mengenakan _________ yang nipis, namun dia tetap 

menawan.

A solekan C dandanan

B andaman D pakaian

6. Beberapa orang pekerja sedang giat ___________ jalan di kampung seberang.

A memperoleh C memperbaik

B memperlebar D memperkecil

7. Mak Yan sedang ___________padi untuk ditumbuk sebuat dibuat emping.

A mendulang C menampi

B memilih D mengayak

8.  Letusan gunung berapi yang dahsyat itu telah _________ banyak nyawa dan harta benda.

A menghilangkan C mengorbankan

B membinasakan D memusnahkan

9. Di sebuah ladang, berlaku satu __________ yang membabitkan pekerja-pekerja asing.

A kekusutan C kedamaian

B kerumitan D kekacauan

10. Gotong-royong adalah satu cara terbaik untuk memupuk ___________ dalam kalangan 

masyarakat setempat.

A perpaduan C berpaduan

B peraduan D kesepaduan

11. Abang _____________ tunangnya sebentuk cincin berlian sebagai tanda kasih.

A hadiahkan C menghadiahkan

B menghadiahi D dihadiahi

12. Ayah terpaksa bekerja siang dan malam bagi menampung ___________ kakak di universiti.

A berbelanja C membelanjakan

B perbelanjaan D dibelanja

13. Model jelita itu sedang ____________ pakaian daripada batik tempatan.

A penggayaan C menggayakan

B bergaya D tergaya

14. Kerja-kerja ____________ sungai dilakukan untuk mengatasi masalah banjir kilat.

A pedalaman C mendalami

B kedalaman D pendalaman

15. Datuk Azhar Mansur berjaya ____________dunia dengan menaiki kapal layar.

A berkeliling C pekeliling

B dikelilingi D mengelilingi

16. Melihat gambar yang _____________ pada dinding itu membuatkan datuk rasa sebak.

A bergantungan C tergantung

B gantungkan D gantungan

17. Kawasan _____________ akan ___________ agar masyarakatnya dapat hidup dengan selesa.

A pedalaman ... dibangunkan C pendalaman ... pembangunan

B pendalaman ... bangunan D pedalaman ... membangunkan

18. Kelihatan bunga sena itu ________________ di halaman rumah datuk.

A tergugur C keguguran

B menggugurkan D berguguran

19. Kak Ros bertugas sebagai ____________ di Hospital Muar selama lima tahun.

A jururawat C jurugambar

B jurutera D juruukur

20. Dua orang __________ Malaysia terpilih _____________ latihan di pusat angkasa lepas Rusia.

A angkasawan……menjalani C jutawan ... berjalan

B cendekiawan….dijalankan D sasterawan ... menjalankan

21. Amir jatuh kerana _____________ seketul batu semasa berjoging.

A menyepak C sepakan

B disepak D tersepak

22. Penduduk kampung bergotong-royong __________ balai raya kampong mereka.

A mengecat

B pengecat

C catan

D dicat

23. Seorang ____________ luar negara telah dipilih untuk melatih pasukan bola sepak negeri Perak.

A jurulatih C latihan

B terlatih D melatih

24. Encik Tan ___________ pergi ke hospital setelah mengetahui anaknya kemalangan.

A penggegas. C digegas

B bergegas D menggegas

25. Dua orang ______________ telah mati semasa cuba menawan puncak

Gunung Everest.

A didaki C pendaki

B berdaki D mendaki

26. Penjahat itu telah mati terkena _____________ pihak polis.

A menembak C tertembak

B ditembak D tembakan

27. ”___________kerja sekolah kamu sebelum keluar bermain,” kata ayah kepada adik.

A siapkan C persiapan

B menyiapkan D persiapkan

28. ”Kejayaan kakak dan abang kamu melanjutkan pelajaran ke universiti 

 perlu kamu ____________,” nasihat ibu kepada Nikki.

A dicontohi

B mencontohi

C mencontoh

D contoh

29. Wang ___________ Haziq sudah cukup untuk membeli motosikal idamannya.

A simpanan C tersimpan

B disimpan D menyimpan

30. ”Aku akan ____________dendam atas kematian adikku,” kata Pendekar Hitam.

A membalas C dibalas

B terbalas D balasan

31. Walaupun ___________cacat, William tidak pernah berputus asa dan menyalahkan takdir.

A dilahirkan

B kelahiran

C melahirkan

D pelahiran

32. Kami ____________sehelai kain songket untuk ayah sempena hari jadinya.

A dihadiahi C menghadiahi

B dihadiahkan D menghadiahkan

33. Datuk Khalid telah dipilih sebagai usahawan contoh kerana __________ beliau dalam bidang perniagaan.

A ketokohan

B ditokohi

C bertokohkan

D menokohkan

34. Kebanyakan kawasan di __________ negeri Sabah hanya boleh dihubung dengan kenderaan pacuan empat roda sahaja.

A mendalamkan C kedalaman

B pedalaman D pendaaman

35. “Kami bercadang hendak ____________ Fairuz di hospital petang nanti,” kata murid￾murid Empat Bestari.

A ziarahan

B menziarahi

C berziarah

D penziarah

36. ____________ Omar Din sedang melatih anak-anak muridnya bersilat.

A Praguru C Perguruan

B Keguruan D Mahaguru

37. Peneroka Felda Sendayan akan menjadi ____________ segera apabila tanah mereka hendak dibangunkan oleh pihak swasta.

A jutawan

B jutaan

C berjuta

D berjuta-juta

38. Bakat _____________agung P.Ramlee masih belum ada tandingan hingga kini.

A seniman C kesenian

B berseni D seniwati

39. Suara _____________Sharifah Aini masih lunak dan merdu seperti dahulu.

A seniman

B seniwati

C biduanita

D biduan

40. Shamsiah telah terpilih sebagai _____________sekolah untuk tahun ini.

A olahraganita C olahragawati

B praolahraga D olahragawati

41. Adik ____________ perlahan-perlahan air minuman itu dengan menggunakan straw.

A menyedutkan C menyedut

B sedutan D disedut

42. Joanne ___________ di dalam kelas kerana keletihan.

A menidurkan C tidur

B tertidur D ditidurkan


43. _____________ dadah itu telah berjaya diberkas oleh polis.

A Edaran C Mengedar

B Pengedar D Diedar

44. Steven Kok _____________ ibunya membeli-belah di Pasar Raya Tesco.

A peneman C menemankan

B ditemankan D menemani

45. Prattap Singh sedang ____________ sebuah patung gajah daripada kayu.

A pengukir C ukiran

B mengukir D diukir

46. Emak ____________ikan sebelum menggorengnya.

A menyiangkan C tersiang

B menyiang D disiang

47. Budak nakal itu telah ___________ batu ke arah sekawan kambing

di tengah padang.

A balingan C terbaling

B dibaling D membaling

48. Emak ____________ air di atas dapur gas.

A dijerang C menjerang

B terjerang D menjerangkan

49. Datuk ____________ pokok mangga itu dengan sebilah parang.

A mencantas C tercantas

B pencantas D dicantas

50. Ayah Yazid menghidap penyakit paru-paru kerana kuat ____________ rokok.

A penghisap C terhisap

B dihisap D menghisap


Jawapan:


1 C 11 B 21 D 31 A 41 C

2 C 12 B 22 A 32 D 42 B

3 C 13 C 23 A 33 A 43 B

4 C 14 D 24 B 34 B 44 D

5 A 15 D 25 C 35 B 45 B

6 C 16 A 26 D 36 D 46 B

7 C 17 A 27 A 37 A 47 D

8 C 18 D 28 A 38 A 48 C

9 D 19 A 29 A 39 C 49 A

10 A 20 A 30 A 40 C 50 D


Post a Comment

0 Comments

close