SOALAN LATIHAN KATA ARAH
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Mereka sentiasa berada di _________ibu yang sedang menjalani rawatan di hospital.
A sisi C antara
B tepi D pinggir
2. Siva memacakkan Jalur Gemilang apabila dia berjaya mendaki hingga ke ___________ Gunung Ledang.
A atas C tebing
B cerun D puncak
3. Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang terletak di sebelah ___________ Semenanjung Malaysia.
A utara C timur
B selatan D barat
4. Ali duduk di __________ Safiee dengan Ah Meng semasa menonton wayang di pawagam.
A bawah C dalam
B antara D atas
5. Para pesilat dijemput masuk ke _________ gelanggang untuk memulakan pertandingan.
A tengah C tepi
B atas D luar
6. Razif dan rakan-rakannya telah berjaya mendaki ke _________ Gunung Tahan.
A sisi C tengah
B puncak D belakang
7. Budak-budak nakal itu bersembunyi di _________ rumah.
A sisi C bawah
B puncak D antara
8. Kakak Harun belajar di ___________ laut.
A seberang C atas
B belakang D luar
9. Sarimah bersembunyi di _________ pintu supaya tidak dapat dikesan oleh rakan￾rakannya.
A hadapan C atas
B belakang D luar
10. Fatimah sentiasa berada di __________ datuknya semenjak dia jatuh sakit.
A samping C hadapan
B belakang D penjuru
11. Seekor burung bertenggek di ____________ dahan sebatang pokok.
A puncak C dalam
B pangkal D atas
12. Golongan yang tidak bertanggungjawab telah melonggokkan sampah sarap sesuka hati di __________ jalan besar itu.
A hadapan C atas
B hujung D tepi
13. Pak Samad berteduh di __________ pokok untuk berehat setelah penat bekerja di kebun sayurnya.
A hadapan C tengah
B bawah D sisi
14. Setelah sampai, mereka meletakkan basikal _________ pagar rumah itu kerana pintu pagar rumah itu berkunci.
A di luar C di dalam
B di tengah D di pinggir
15. Ayah melarang adik bermain bola di __________ jalan raya yang sibuk itu.
A tepi C sebelah
B hujung D tengah
16. Nenek sering menasihati kami agar tidak mandi di _________ lombong tinggal itu.
A jauh C dekat
B tepi D dalam
17. Para pekerja itu sedang memasang sebatang tiang telefon di _________ jalan raya.
A belakang C tengah
B tepi D dalam
18. Orang ramai mula berbaris di ___________ kaunter jualan tiket.
A hadapan C tepi
B belakang D depan
19. Nalini mendodoikan adiknya yang sedang merengek di _________ buaian.
A dalam C atas
B tengah D bawah
20. Di __________ longkang itulah Karim menemukan sebuah dompet.
A tepi C bucu
B puncak D bawah
21. Seekor kucing ada di ___________ bumbung rumahnya.
A puncak C atas
B luar D dalam
22. Susan merendam pakaian yang kotor itu di __________ baldi.
A atas C luar
B tepi D dalam
23. Kanak-kanak itu duduk di ________ riba ibunya.
A bawah C tepi
B atas D dalam
24. Pokok rambutan di __________ rumahnya itu berbuah lebat.
A pangkal C tengah
B penjuru D tepi
25. Arus yang deras menjadi perlahan apabila aliran air tiba di _________ sungai.
A hilir C hulu
B tebing D puncak
26. Di ___________ rumah Hassan ada sebuah taman permainan kanak-kanak.
A sudut C antara
B sebelah D dalam
27. Buku yang kamu maksudkan itu terletak di___________ meja.
A samping C dasar
B penjuru D luar
28. Emak melarang Azim bermain kejar-kejar di___________ rumah.
A atas C dalam
B bawah D atas
29. Pokok paku pakis untuk hiasan itu diperoleh dari _________ hutan.
A hujung C sebelah
B pinggir D hulu
30. Di dalam kelas, Mazlan duduk di __________ Bong Kiat dengan Muthusamy.
A atas C antara
B bawah D hujung
31. Cikgu Azlan menyuruh Ah Chong mengutip sampah di____________lantai.
A atas C luar
B bawah D dalam
32. Pak Lah mengusahakan sebidang kebun sayur yang luas di _________ rumahnya.
A belakang C luar
B bawah D tengah
Soalan 33 berdasarkan gambar di bawah.
33. Suresh terlanggar batu lalu basikalnya terbabas ke ___________ longkang.
A pinggir C bawah
B hujung D dalam
34. Telefon awam yang dibina di ___________ kedai itu telah dirosakkan oleh budak-budak nakal.
A sudut C antara
B sebelah D dalam
35. Suhaimi menyewa rumah di ___________ bandar kerana sewanya lebih murah.
A tengah C tepi
B dalam D pinggir
36. Rumah Salina terletak di ___________ masjid dengan kedai.
A antara C sebelah
B tengah D tepi
37. Matahari terbit di sebelah ___________ dan terbenam di sebelah ___________.
A timur … utara C barat … timur
B timur … barat D barat … timur
38. Emak meletakkan kuih-muih itu di ___________tudung saji.
A atas C luar
B dalam D bawah
39. Rak buku itu diletakkan di ___________ kelas.
A sebelah C bawah
B penjuru D sisi
Soalan 40 berdasarkan gambar di bawah.
40. Beberapa ekor burung tiung sedang hinggap di ___________ kepala seekor lembu.
A tepi C atas
B hujung D puncak
41. Gerai makanan di ___________ jalan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
A pinggir C atas
B hujung D tengah
42. Penyelam itu dapat melihat keindahan batu karang di ___________ laut.
A tengah C bawah
B dalam D dasar
43. Kawasan stesen pemancar televisyen di ___________ bukit itu merupakan kawasan larangan.
A bawah
B puncak
C atas
D tebing
Soalan 44 berdasarkan gambar di bawah.
44. Terdapat sebuah perkampungan yang dibina di ___________ gunung itu.
A tepi C kaki
B atas D bawah
45. Pak Cik Sulaiman membina sebuah dangau di ___________ sawah.
A hadapan C tepi
B belakang D tengah
46. Siew Chin mengutip buah mangga lalu dimasukkan ke ___________ raga.
A atas C luar
B dalam D bawah
47. Kedai menjual peralatan permainan kanak-kanak terletak di tingkat ___________
Wisma Harapan.
A bawah C dasar
B dalam D tengah
48. Puan Noraini melarang anaknya bermain di ___________ panas.
A dalam
B bawah
C tengah
D tepi
49. Penjual itu menjunjung sebuah bakul di ___________ kepalanya.
A puncak
B atas
C tepi
D bawah
50. Selepas bertelur, penyu betina akan mengambus telurnya di ___________ pasir.
A tengah C bawah
B dasar D dalam
JAWAPAN KATA ARAH:
1 A 11 D 21 C 31 A 41 A
2 D 12 B 22 D 32 A 42 D
3 C 13 B 23 B 33 D 43 B
4 B 14 A 24 D 34 C 44 C
5 A 15 A 25 A 35 D 45 D
6 B 16 D 26 C 36 A 46 B
7 C 17 B 27 B 37 C 47 A
8 A 18 A 28 C 38 D 48 C
9 B 19 A 29 B 39 B 49 B
10 A 20 A 30 C 40 B 50 D
0 Comments