Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Soalan Latihan Kata Bantu Tingkatan 2 Dan Jawapan

KATA BANTU

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ayah saya __________ berehat sambil membaca surat khabar di ruang tamu.

A masih C telah

B pernah D sedang

2. Pasukan bola sepak Johor FC __________ kalah setelah mengharungi sepuluh perlawanan liga.

A sudah pernah

B belum pernah

C masih pernah

3. Arjun tidak __________ menyertai Sukan Asia kerana kecederaannya belum pulih lagi.

A mesti

B dapat

C harus

4. See Kai __________ sedar daripada koma sejak dimasukkan ke hospital dua minggu lepas.

A masih

B belum

C pernah

5. “Ayah __________ kamu semua belajar bersungguh-sungguh hingga ke universiti,” nasihat Encik Othman kepada anak-anaknya.

A harus C mesti

B boleh D mahu

6. ”Awak __________ mendapat sekurang-kurangnya 40 markah untuk lulus ujian itu,” kata Cikgu Latif.

A akan

B boleh

C mesti

7. Jika diberikan peluang, saya __________ pergi melancong ke Australia.

A hendak C mesti

B boleh D pernah

8. Ah Chuan __________ tidur lagi di dalam bilik walaupun sudah jam 10.00 pagi.

A telah C sudah

B masih D belum

9. Sudah seminggu sampah itu dilonggokkan tetapi __________ dipungut oleh pekerja majlis daerah.

A masih belum C belum pernah

B telah pernah D mesti mahu

10. Chee Yew __________ membuat keputusan untuk menyertai ekspedisi berkayak ke Pulau Besar.

A harus

B telah 

C pernah

11. Susan __________ memiliki kereta dan rumah sendiri walaupun baru setahun bekerja.

A akan C pernah

B sudah D belum

12. Adik tidak mahu mengikut ayah ke Pulau Tioman kerana dia __________ pergi ke sana.

A sudah pernah C masih sedang

B harus dapat D belum pernah

13. Kapal terbang dari Jakarta __________ tiba lewat setengah jam.

A telah

B akan

C belum

14. “Rasa-rasanya, kita __________ berjumpa sebelum ini, tetapi di mana ya?” kata Linda kepada perempuan itu.

A mahu C telah

B sudah D pernah

15. Kita __________ sentiasa menghormati orang yang lebih tua.

A mahu C dapat

B boleh D harus

16. Liza __________ pergi ke majlis hari jadi Syira setelah diizinkan ibu dan bapanya.

A belum C boleh

B sudah D mahu

17. “Kamu __________ tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun,” kata ibu kepada kakak.

A mesti dapat

B mesti mahu

C harus dapat

18. Rahim tidak __________ berlari dengan pantas lagi semenjak kakainya patah.

A boleh C hendak

B dapat D harus

19. Mereka __________ bermain walaupun hujan telah turun dengan lebatnya.

A masih mahu

B masih sedang

C masih belum

20. Hafiz Hashim yakin dia __________ mengalahkan pemain China itu dalam perlawanan 

akhir nanti.

A dapat C hendak

B sudah D harus 

21. “Sejak semalam, saya ___________ makan lagi,” kata Yuri kepada Mei Hua.

A telah C akan

B belum D sudah 

22. Ah Tiak dan keluaganya __________ melancong ke Korea pada akhir bulan ini.

A pernah C akan

B sudah D telah

23. Puan Hasmah __________ memandu kereta ke pejabat.

A sedang

B akan 

C telah


24. “Ketika saya datang ke rumahnya tadi, dia __________ tidur lagi,” kata Aik Guan kepada kawan-kawannnya.

A akan C telah

B belum D masih

25. Saya __________ dua kali kali menonton rancangan Mission Impossible di pawagam.

A sudah C belum

B pernah D akan 

26. Danial ___________ mengikut saya pulang ke kampung semasa musim buah-buahan tahun lalu.

A pernah C boleh

B harus D akan

27. Guru besar __________ beberapa kali menasihati murid-murid nakal itu supaya tidak melanggar peraturan sekolah.

A sedang

B telah

C masih

28. Nenek Munah __________ menganyam daun ketupat bersama cucu-cucunya di bawah pokok.

A sedang C pernah

B akan D telah 

29. Walaupun peperiksaan UPSR hampir tiba, dia __________ lagi gemar menonton televisyen hingga larut malam.

A mahu C masih

B belum D telah 

30. Kami __________ mengikuti rombongan sekolah ke singapura pada cuti semester ini.

A akan C masih

B sedang D harus 

31. Nicol David __________ dinobatkan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

A telah

B dapat

C sedang

32. “Kamu pergilah dahulu, saya __________ menyusul dari belakang,” kata Rahman kepada kawan-kawannya.

A akan C pernah

B telah D sedang 

33. “Kamu __________ belajar bersungguh- sungguh supaya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading,” kata cikgu Lina kepada murid-muridnya.

A akan C mesti

B telah D masih 

34. Kita __________ taat kepada ibu dan bapa kerana mereka telah membesar dan mendidik kita sehingga berjaya.

A dapat

B akan

C harus

35. Orang buta itu __________ membaca menggunakan Braille dengan lancar.

A mesti C boleh

B belum D akan 

36. Amiza sungguh gembira kerana __________ berjumpa dengan ibunya yang telah lama terpisah.

A sedang C telah

B masih D dapat 

37. Pak Kassim __________ beberapa kali terserempak dengan lembaga hitam itu.

A harus C boleh

B pernah D akan

38. Kakaknya __________ melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya akhir bulan ini.

A telah C akan

B dapat D sedang 

39. Puan Hasni __________ memperoleh cahaya mata walaupun __________ lima tahun berkahwin.

A akan ... sudah C sudah ... belum

B belum ... pernah D belum ... sudah

40. Seong ___________ menziarahi neneknya yang sakit di Hospital Muar.

A dapat C boleh

B akan D agar

41. Lantai kelas itu ___________ kotor walaupun telah dicuci.

A masih C harus

B hendak D dapat

42. Lili __________ membalas surat daripada rakannya sebentar lagi.

A telah C boleh

B belum D akan 

43. Bayi itu __________ tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

A harus C masih

B boleh D mesti 

44. Nenek saya __________ menjadi mangsa ragut perompak bank itu.

A harus C pernah

B hendak D sedang 

45. Juruteknik __________ membaiki telefon awam yang rosak itu.

A boleh C sedang

B harus D sekali

46. Bas ekspres ke Teluk Intan __________ bertolak tidak lama lagi.

A pernah C belum

B masih D akan 

47. Kita __________ berhati-hati ketika berjalan di lorong yang gelap itu.

A mesti C belum

B masih D sedang

48. Murid-murid yang sedang beratur itu __________ masuk ke kelas untuk belajar.

A pernah

B hendak

C masih

49. Guru besar sekolah saya __________ bersara pada tahun ini.

A sedang C masih

B harus D akan 

50. Misri __________ melangsungkan perkahwinannya pada bulan hadapan.

A akan C sudah

B telah D sedang 


JAWAPAN:

KATA BANTU

1 D 11 B 21 B 31 A 41 A

2 B 12 A 22 C 32 A 42 D

3 B 13 B 23 A 33 C 43 C

4 B 14 D 24 D 34 C 44 C

5 D 15 D 25 A 35 C 45 C

6 C 16 C 26 A 36 C 46 D

7 A 17 A 27 B 37 B 47 A

8 B 18 A 28 A 38 C 48 B

9 A 19 D 29 C 39 D 49 D

10 B 20 A 30 A 40 B 50 A



Post a Comment

0 Comments

close