KATA BILANGAN
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kakak amat menggemari telur ayam masak ______________.
A semua C separuh
B seluruh D sesetengah
2. ________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran.
A Setiap C Sebilangan
B Segelintir D Sebahagian
3. Syazwani gemar mengumpulkan _____________ jenis setem luar negara.
A berbagai C seluruh
B pelbagai D segala
4. ____________ orang penjenayah itu telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
A Ketiga C Sesetengah
B Tiap-tiap D Kedua-dua
5. Lembu peliharaan Pak Samad ada ______________ ekor?
A beberapa C separuh
B keempat D berapa
6. _____________helai kertas melayang apabila Kamariah menghempas fail ke atas mejanya.
A Seluruh C Setengah
B Ribuan D Beberapa
7. Haji Ahmad akhirnya meninggal dunia setelah_______________menderita penyakit angin ahmar.
A berhari-hari C bertahun-tahun
B berabad-abad D berkurun-kurun
8. ________________jenis cenderamata dijual di ______________ gerai itu.
A Pelbagai…setiap C Beberapa…segala
B Berbagai…semua D Pelbagai…segala
9. _______________ tubuhnya terasa lemah ____________ kali diserang demam panas.
A Tiga suku … sekalian C Seluruh…sekalian
B Setengah … beberapa D Seluruh…setiap
10. Tuan Zaidi mendermakan ____________ daripada hartanya kepada anak-anak yatim.
A sebahagian C beberapa
B sesetengah D ribuan
11. ______________ murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.
A Para C Ribuan
B Setiap D Setengah
12. Majikan itu melayani ________________pekerjanya dengan adil tanpa pilih kasih.
A separuh C sebahagian
B beberapa D semua
13. Pihak imigresen memeriksa _______________badan penumpang kapal terbang sebagai langkah keselamatan.
A seluruh C segelintir
B setengah D beberapa
14. Aiman sudah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.
A beberapa C berkali-kali
B beribu-ribu D beratus-ratus
15. ______________ hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan.
A Para-para C Segala
B Setengah D Para
16. _________________ hujung bulan dia ke pasar raya itu untuk membeli-belah.
A Semua C Sesetengah
B Setiap D Beberapa
17. Stadium itu penuh sesak dengan ___________ penyokong Pasukan Hijau Kuning.
A puluhan C setiap
B ribuan D separa
18. _____________buah tong yang hilang dipercayai mengandungi sisa toksik, ditemui di tepi belukar itu.
A Beberapa C Separuh
B Setengah D Sebahagian
19. _______________kali selepas bersolat, dia mengangkat __________belah tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
A Beberapa…kedua C Setiap…kedua-dua
B Pertama…semua D Setengah-setengah…dua
20. _____________ pandangannya menjadi gelap apabila ___________ belah matanya terkena semburan cecair itu.
A Seluruh … kedua-dua C Setiap…kedua-dua
B Kedua-dua…seluruh D Sesetengah…semua
JAWAPAN:
KATA BILANGAN
1 C 6 B 11 B 16 B
2 D 7 B 12 D 17 B
3 B 8 A 13 A 18 A
4 D 9 D 14 C 19 C
5 D 10 A 15 D 20 A
0 Comments