Soalan Latihan Kata Ganda Tingkatan 2
KATA GANDA
Pilih jawapan yang betul.
1. Pada setiap petang kami __________ di taman bunga.
A berbaris-baris C bersiap-siap
B bersiar-siar D berjaga-jaga
2. “Buat kerja kamu itu ___________________ supaya kita boleh pulang awal,” kata Sudin kepada rakannya.
A terang-terang C cepat-cepat
B laju –laju D kuat-kuat
3. Pakaian yang dijual di Pusat membeli-belah Hang Tuah __________ belaka.
A comel-comel C tinggi-tinggi
B putih-putih D cantik-cantik
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
4. _____________ di dalam perpustakaan itu disusun dengan kemas di dalam rak.
A Kertas-kertas B Kerusi-kerusi
C Buku-buku D Nota-nota
5. Kota itu telah ditinggalkan sejak ______________ oleh penjajah.
A berzaman-zaman B berdekat-dekat
C beratus-ratus D beribu-ribu
6. ____________ kelapa tumbuh subur di sepanjang pantai di negara ini.
A Dedaun B Pepohon
C Bebawang D Bebatang
7. Emak memasukkan ____________ yang dihiris itu ke dalam kuali lalu menumisnya.
A bebawang B kekacang
C lelabu D sesiku
8. Rambut budak lelaki itu kelihatan_______ kerana tidak disikat.
A kusut-masai B compang-camping
C comot-momot D kotor-bolor
9. Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
A riuh-rendah C porak-peranda
B gelap-gelita D terang-benderang
10. Rambutan di dusun Pak Mak kelihatan _______________ .
A kekuning-kuningan B kemerah-merahan
C keranum-ranuman D kehijau-hijauan
11. Rani ________________ sekolah kerana ayahnya merupakan seorang anggota polis.
A bertukar-tukar B berebut-rebut
C berpindah-pindah D berkejar-kejar
12. Ibu membelikan bantal yang berisikan ________________ untuk adik.
A bebola C kekabu
B rerumput D bebawang
13. Air takungan di dalam tin kosong itu dipenuhi dengan ________________.
A pepijat C jejentik
B lelabah D pepatung
14. Almari yang baru dibeli oleh ayah telah rosak dimakan ___________.
A anai-anai C labah-labah
B api-api D ikan-ikan
15. Puan Kumari menggunakan ______________ yang diimport khas dari India untuk melazatkan masakannya.
A rempah-ratus C sayur-mayur
B kuih-muih D ulam-ulamam
16. Anak-anak En.Mazlan yang ________________ itu melanjutkan pelajaran ke luar negara.
A cantik-cantik C nakal-nakal
B pandai-pandai D budak-budak
17. Universiti tempatan melarang __________ lelaki menyimpan rambut yang panjang.
A guru-guru B murid-murid
B pelajar-pelajar C mahasiswa-mahasiswa
18. _____________ yang digoreng oleh ibu sungguh sedap dimakan.
A Agar-agar B Jemput-jemput
C Obor-obor D Kek-kek
19. Sani bertugas sebagai _________________ di Balai Polis , Pontian , Johor .
A kutu-kutu C mata-mata
B labah-labah D mulut-mulut
20 Hati Malini ber______________ menanti keputusan peperiksaan UPSR yang akan diumumkan sebentar lagi.
A debar-debar C detik-detik
B senyum-senyum D lari-lari
21. Orang ramai ________________ masuk ke dalam stadium untuk menonton perlawanan akhir bola sepak.
A berlari-lari B berputar-putar
C berpusu-pusu D berjalan-jalan
22. Encik Bala berjalan _________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.
A ulang-alik B lintang-pukang
C mundar-mandir D kelam-kabut
23. Petani itu meletakkan ___________di tengah-tengah sawah padi untuk menakutkan haiwan perosak.
A patung-patung C orang-orang
B mata-mata D api-api
24. Azlan ________________setelah menghabiskan larian 400 meter.
A tersipu-sipu B tercungap-cungap
C teraba-raba D tersenyum-senyum
25. Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
A riuh-rendah B lintang-pukang
C kumat-kamit D lalu-lalang
26. Suraya menyusun buku itu_______________ supaya dapat memenuhi ruang almari itu.
A rapat-rapat C jauh-jauh
B jarang-jarang D padat-padat
27. Baju budak itu kelihatan ________________ kerana terkena lumpur semasa bermain.
A comot momot B compang camping
C calar balar D kusut masai
28. ____________ yang digoreng oleh ibu dihidangkan dalam majlis hari jadi saya.
A Epok-epok C Agar-agar
B Gula-gula D Buah-buah
29. Rani tidak dapat makan kerana _______________nya sakit dari pagi tadi.
A jejari C lelangit
B sesiku D bebola
30. Tukang kebun itu memotong ______________ yang tinggi di padang dengan mesin.
A bebola C kekabu
B pepohon D rerumput
31. Sazali ketawa ___________ ketika menonton rancangan yang lucu itu.
A teresak-esak B terbahak-bahak
C tergopoh- gopoh D terkinja-kinja
32. ___________ kedengaran suara menjerit meminta tolong dari lorong itu.
A Samar-samar B Nyaris-nyaris
C Sayup-sayup D Hampir-hampir
33. Guru besar tidak akan _________ untuk mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah.
A teragak-agak B tergesa-gesa
C terjaga-jaga D terkial-kial
34. ______________ sejenis makanan yang terkenal di Muar, Johor.
A Otak-otak B Oleh-oleh
C Obor-obor D Api-api
35. Orang tua itu bersikap _____________ sejak terlibat dalam kemalangan itu.
A kenakal-nakalan B kemerah-merahan
C kebudak-budakan D kehitam-hitaman
36. Penduduk –penduduk kampung itu menyambut Pesta Menuai secara _______________.
A besar-besaran B habis-habisan
C ansur-ansuran D mudah-mudahan
37. Pada cuti hujung, minggu kami sekeluarga pergi melawat Taman __________ di Melaka.
A Labah-labah C Kura-kura
B Rama-rama D Monyet-monyet
38. Lembu peliharaannya ___________ belaka kerana diberikan makanan tambahan.
A kurus-kurus C kecil-kecil
B gemuk-gemuk D nipis-nipis
Soalan 39 berdasarkan gambar di bawah.
39. Pak Harun sedang menyapu ________________ yang memenuhi longkang di tepi rumah.
A dedaun C reranting
B pepohon D rerambut
40. Kami dapat melihat pelbagai jenis ________________ berterbangan di taman itu.
A kura-kura C kupu-kupu
B labah-labah D orang-orang
Soalan 41 berdasarkan gambar di bawah.
41. Gunakan ____________ semasa menyeberangi jalan raya.
A sesiku C jejantas
B jejari D kekisi
42. Para ______________ hadir ke majlis perkahwinan abang Nizam.
A tetamu B lelaki
C kekuda D pepatung
43. “Perkara ini haruslah difikirkan ______________ sebelum kamu bertindak,” kata Cikgu Lim.
A bulat- bulat C mentah-mentah
B masak-masak D benar-benar
44. Pasukan bola sepak sekolah saya telah berjaya menjadi johan daerah selama tiga tahun _______________.
A berikut-ikut B berturut-turut
C bertukar-tukar D berganti-ganti
45. ________ di kelas Tahun 6 Mawar sedang menduduki peperiksaan.
A Murid-murid C Siswa-siswa
B Pekerja-pekerja D Kanak-kanak
46. Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai C hiruk-pikuk
B lemah-gemalai D cirit-birit
47. ____________ Khairul luka kerana terkena paku yang tajam.
A Sesiku B Jejari
C Lelangit D Gegendang
48. Tiga orang pemuda yang ___________ di kawasan bank itu disoal siasat oleh pihak polis.
A berpusing-pusing C bermain-main
B berputar-putar D berlegar-legar
49. Kecederaan ______________ telinga menyebabkan Pak Cik itu tidak jelas pendengaran.
A lelangit C gegendang
B jejari D sesiku
50. Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
A terkinja-kinja C terhuyung-hayang
B tersekat-sekat D terhincut-hincut
JAWAPAN SOALAN LATIHAN KATA GANDA
1 B 11 C 21 C 31 B 41 C
2 C 12 C 22 C 32 C 42 A
3 D 13 C 23 C 33 C 43 B
4 B 14 A 24 B 34 A 44 B
5 A 15 A 25 B 35 C 45 A
6 B 16 B 26 A 36 B 46 D
7 B 17 C 27 A 37 B 47 B
8 A 18 B 28 A 38 B 48 D
9 D 19 C 29 C 39 A 49 C
10 A 20 A 30 D 40 C 50 D
0 Comments