KATA KERJA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Pemenang pertandingan bercerita itu _________________ oleh Guru Besar.
A diumumkan C disiarkan
B dihebahkan D ditunjukkan
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2. Piala yang dimenangi oleh juara pertandingan bola sepak itu _____________ oleh para pemain.
A dipikul C dijulang
B disandang D dijunjung
3. Bola tenis itu _____________ kembali apabila dipukul ke arah tembok.
A melompat C menganjal
B melantun D melayang
4. Kereta itu _____________ ke dalam parit selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas jalan.
A terbelok C terbabas
B terlajak D terpesong
5. Setiap hari, Rahmat akan _____________ motosikal bapanya ke sekolah.
A memandu
B menunggang
C membonceng
D mengayuh
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6. Kapal dagang itu _____________ di Pelabuhan Kelang selama tiga hari.
A berlepas C belayar
B berhenti D berlabuh
7. Lalang di sekeliling rumah yang tidak berpenghuni itu semakin _____________.
A melaut C merendah
B membusut D merimbun
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.
8. Puan Rozita sedang _____________ tepung untuk membuat kuih donut.
A menerap C mencanai
B menguli D mengadun
9. Pegawai kesihatan itu sedang _____________ di atas pentas tentang amalan pemakanan yang baik.
A berbahas
B berceramah
C berucap
D berpesan
10. Mei Lan _____________ sejambak bunga ros di dalam pasu.
A menghias C mengubah
B menyusun D menggubah
11. Peserta ekspedisi ke Kutub Utara itu terpaksa _____________ kawasan ais yang beku.
A mengikut C meredah
B melintas D memijak
12. Kakak Aniza berhati-hati semasa _____________ dulang minuman yang hendak dihidangkan kepada para tetamu.
A mengandar C mengelek
B menjinjing D menatang
13. Petani itu sedang _____________ tanah untuk membuat batas.
A menajak C meredah
B mencangkul D menggali
14. Ibu sedang _____________ air di dapur.
A merebus C mereneh
B memasak D menjerang
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15. Pak Cik Ah Teong sedang _____________ beras yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
A mengira
B menimbang
C membungkus
D membalut
Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.
16. Nenek Aminah sedang _____________ bakul di beranda rumah.
A menjalin C menyulam
B menenun D menganyam
17. Banyak sampah _____________ di padang itu.
A bertaburan C berkumpulan
B berselerakkan D berkeliaran
18. Kakak sedang _____________ kain-kain yang baru dicuci di ampaian.
A melipat C mengangkat
B menjemur D membilas
19. Pak Abu sedang _____________ sabut kelapa menggunakan sebilah parang.
A memecah C memotong
B mengopek D mengerat
Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.
20. Puan Rita _____________ cili sehingga lumat.
A menumbuk C menggiling
B menghiris D meracak
21. Beberapa orang lelaki sedang _____________ daun pokok hiasan yang merimbun di tepi pagar balai raya.
A mengerat C membelah
B memangkas D memotong
22. Puan Siti _____________ tikar mengkuang itu dengan berhati-hati.
A menenun C menyulam
B menganyam D menjahit
Soalan 23 berdasarkan gambar di bawah.
23. Dua orang wanita itu sedang _____________ daging pada lidi.
A meraut C menjolok
B memasuk D mencucuk
24. Petani itu menggunakan air perigi untuk _____________ pokok terung di kebunnya.
A membasuh
B menyiram
C mengairi
D merenjis
25. Buah mempelam itu telah _____________ setelah dijolok oleh Atan dengan sebatang galah.
A jatuh C gugur
B pecah D luruh
26. Ramli jatuh _____________ kerana terpijak kulit pisang.
A terpelanting C terbalik
B terperosok D terlentang
27. Seekor anjing _____________ seketul tulang yang dicuri di sebuah pasar.
A menggigit C menggonggong
B mengepit D menelan
28. Dagu bapa terluka terkena pisau cukur semasa dia _____________ janggutnya.
A mencukur C menggunting
B mencabut D memotong
29. Sebuah helikopter _____________ di kawasan hutan tebal di pedalaman Sabah.
A terjatuh C tertimbus
B terpelanting D terhempas
Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.
30. Puan Noraini _____________ anaknya sambil _____________ sebotol susu.
A memangku ... memberikan
B meriba ... memberikan
C meriba ... menyuapkan
D memangku ... menyuapkan
31. Ayam jantan Pak Cik Murad _____________ pada setiap pagi.
A berketak C berkokok
B berbunyi D berkicau
32. Vandalisme atau perbuatan suka _____________ dinding bangunan dan telefon awam patut dihentikan.
A menulis C melukis
B melakar D menconteng
33. Ahmad hanya _____________ kepala ketika dimarahi oleh guru kelasnya.
A memalingkan C menundukkan
B memusingkan D mendongakkan
34. Beberapa orang murid sedang _____________ di lintasan belang.
A menyusur C mendaki
B mengharung D melintas
Soalan 35 berdasarkan gambar di bawah.
35. Kakak sedang ____________ kain untuk dibuat baju kurung.
A memotong C menggunting
B mengerat D meracik
36. Puan Seetha sedang _____________ nasi di dalam periuk elektrik.
A menanak C memasak
B merebus D mengukus
37. Ahli pengakap terpaksa _____________ sebatang sungai semasa menjalani latihan kembara hutan.
A melintasi C mendaki
B meredah D mengharungi
Soalan 38 berdasarkan gambar di bawah.
38. Kakak duduk _____________ di atas tikar di dalam biliknya.
A mencangkung
B bersimpuh
C bersila
D berlunjur
39. Nelayan itu sedang _____________ serawan jala ke dalam laut.
A menarik C menjahit
B membaling D menebar
Soalan 40 berdasarkan gambar di bawah.
40. Tiga orang lelaki sedang bekerjasama _____________ dodol di dalam kawah.
A menanak C merebus
B mengacau D menjerang
41. Saroja sedang _____________ pakaian yang telah kering di ruang tamu.
A menjemur C menyidai
B mencuci D melipat
42. Rizal membantu datuk _____________ buah rambutan yang telah masak menggunakan galah yang panjang.
A memetik C mengait
B memotong D memungut
43. Fadzil akan _____________ peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.
A memasuki
B menduduki
C mengikuti
D melepasi
44. Pak Long Tahir _____________ kambingnya dengan seutas tali pada sebatang pokok.
A menarik
B mengikat
C menambat
D menjerat
Soalan 45 berdasarkan gambar di bawah.
45. Puan Esah _____________ dua buah beg plastik semasa pulang dari pasar.
A mengepit C mengandar
B menjinjing D mengelek
46. Juruhebah radio itu ____________ perlawanan akhir Piala Thomas secara langsung.
A mengucap C menghebah
B mengupas D mengulas
Soalan 47 berdasarkan gambar di bawah.
47. Mak Timah sedang _____________ barangan tembaga miliknya menggunakan pencuci khas.
A mengelap C menggilap
B mengesat D menggosok
48. Seorang pemuda pengsan setelah _____________ oleh seekor ular tedung semasa sedang membersihkan kebunnya.
A dipatuk
B digigit
C digerit
D dicubit
49. Hamid _____________ sampan yang dinaikinya ke tepi sungai dengan berhati-hati.
A mengayuh C memandu
B menarik D mendayung
50. Pak Cik Osman _____________ pisau yang tumpul itu sebelum digunakan untuk memotong daging.
A mengikir C mengasah
B mengesat D menggosok
JAWAPAN:
KATA KERJA
1 A 11 C 21 B 31 C 41 D
2 C 12 D 22 D 32 D 42 C
3 B 13 B 23 B 33 C 43 B
4 C 14 D 24 C 34 D 44 C
5 C 15 B 25 C 35 C 45 B
6 D 16 D 26 D 36 A 46 D
7 D 17 A 27 C 37 D 47 C
8 B 18 B 28 A 38 B 48 A
9 C 19 B 29 D 39 D 49 D
10 D 20 C 30 B 40 B 50 C
0 Comments