KATA SENDI NAMA
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Kempen kebersihan yang dilancarkan pada minggu lepas akan berlangsung _____________ minggu hadapan.
A dari C hingga
B kepada D pada
2. Suganya dan Moganah bersahabat rapat ________________ mereka belajar di tadika lagi.
A daripada C sejak
B ketika D sampai .
3. Puvana mula menjahit pakaian itu ________________ minggu lepas.
A hingga C semenjak
B daripada D sampai
4. Guru Besar dan guru-guru sekolah sedang berbincang ________________ Majlis Anugerah yang akan diadakan pada minggu hadapan.
A tentang C agar
B terhadap D supaya
5. Naren akan menjual keretanya ________________ sesiapa yang berminat.
A pada C kepada
B daripada D dengan
6. Saniah menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan itu____________ ibunya yang baru pulang dari pejabat.
A daripada C untuk
B kepada D pada
7. Bubu yang digunakan untuk memerangkap ikan diperbuat ________________ buah.
A dari C oleh
B daripada D pada
8. Gobi menerima sepucuk surat ________________ ibunya.
A daripada C hingga
B kepada D pada
9. Hadiah ini saya terima __________ ibu dan ayah sempena hari lahir saya.
A dari C daripada
B kepada D pada
10. Sara mengupas kulit buah mangga itu ________________ sebilah pisau yang tajam.
A untuk C pada
B dengan D oleh
11. Encik Haris bersetuju ________________ harga rumah yang ditawarkan oleh syarikat perumahan tersebut.
A kepada C untuk
B demi D dengan
12. Setelah memenangi perlumbaan itu, Puviarasan mengangkat tangannya ______________ menyahut sorakan penonton.
A dengan C untuk
B kepada D pada
13. “Surat ini ________________ disampaikan kepada bapa kamu,” kata Siti kepada Raihan.
A bagi C demi
B untuk D akan
14. Rohini tinggal ________________ Kampung Sejahtera bersama keluarganya.
A dari C di
B kepada D pada
15. Hazmi akan ________________ London pada minggu depan untuk melanjutkan pelajarannya.
A ke C dari
B kepada D pada
16. Pasukan Keselamatan telah mengetatkan kawalan pintu masuk ke sempadan Malaysia ________________ menjaga keselamatan negara.
A akan C agar
B demi D supaya
17. Nasihat awak kepadanya ________________ mencurah air ke daun keladi..
A umpama C antara
B tentang D sampai
18. Bungkusan yang saya terima tadi ada ________________ Arfan.
A di C untuk
B kepada D pada
19. Suren tidak suka membuat perkara ________________ itu.
A untuk C seperti
B dari D dengan
20. Kamini _____________ menduduki peperiksaan UPSR ___________minggu hadapan.
A demi…ke C oleh…pada
B akan…di D akan…pada
21. Pembukaan bangunan baru dirasmikan ________________ Pegawai Pelajaran Daerah.
A pada C dari
B kepada D oleh
22. Dalam dunia ini terdapat lebih __________ 10 000 jenis spesies burung.
A daripada C hingga
B dari D pada
23. Puan Vemala menjaga anak angkatnya ________________ menatang minyak yang penuh.
A bagai C ke
B dengan D untuk
24. Cik Nurul ________________ berkahwin ________________ Encik Vijay pada minggu depan.
A untuk … terhadap C akan ... pada
B akan … dengan D akan … kepada
25. Nelson berasal ________________ negara Australia.
A dari C hingga
B kepada D pada
26. Kita tidak sepatutnya berasa marah atau berkecil hati ____________ sikap orang tua kita.
A demi C seperti
B terhadap D kepada
27. Seramai 345 orang murid yang mengambil bahagian _____________ pertandingan melukis itu.
A dalam C akan
B tentang D untuk
28. Mereka ___________ perjalanan ke sekolah sewaktu kemalangan itu berlaku.
A demi C dengan
B terhadap D dalam
29. Persahabatan ______________ Hasdi dan Hamid dicemburui oleh Mazlan.
A antara C dalam
B untuk D kepada
30. Arshad mengulang kaji pelajaran dari pagi__________ petang.
A daripada C hingga
B sejak D pada
31. Pertandingan nyanyian itu berlangsung dari pukul 2.00 petang __________ pukul 5.30 petang.
A ke C kepada
B hingga D dengan
32 Angin kencang yang melanda Kampong Tok Senik itu bertiup __________ arah selatan.
A hingga C akan
B dari D daripada
33. Ukiran tembikar itu diperbuat __________tanah liat.
A dari C boleh
B daripada D akan
34. Sudah dua hari Firdaus demam dan suhu badannya meningkat __________ 39 darjah Celsius.
A ke C sejak
B pada D kepada
35. Hadiah kamu itu ada __________ Mashitah.
A dengan C kepada
B pada D untuk
36. Keputusan Ujian Bulanan Bahasa Melayu kali ini lebih baik __________ bulan lalu.
A oleh C daripada
B dari D dalam
37. Sumbangan dan derma ini adalah __________ anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
A untuk C oleh
B sampai D pada
38. Guru- guru itu sedang berbincang bagaimana __________menangani masalah disiplin pelajar.
A untuk C oleh
B sampai D pada
39. Wajahnya bertukar menjadi masam __________ cuka selepas disindir oleh rakannya.
A akan C seperti
B dari D daripada
40. Berita kemenangannya dalam pertandingan melukis itu diterimanya __________ perasaan amat gembira.
A seperti C dalam
B dengan D akan
41. Kami bertolak ke tempat kejadian __________ pukul 2.00 petang.
A dari C pada
B dalam D dengan
42. Warna tudungnya sama __________ warna kain saya.
A akan C dengan
B oleh D ke
43. Kami berlatih bermain badminton ______________ sejam yang lalu.
A dari C dengan
B pada D sejak
44. Nenek tua itu sangat rindu ___________ cucunya.
A dengan C akan
B di D kepada
45. Lukisan ini lebih cantik ______________ lukisan itu.
A untuk C oleh
B sampai D daripada
46. Perkara itu tidak menjadi masalah _____________ saya.
A dari C untuk
B seperti D daripada
47. Pensyarah itu tidak suka ____________ pelajarnya yang bersikap sambil lewa semasa membuat tugasan.
A akan C untuk
B kepada D dengan
48. Semua maklumat yang diberitahu oleh Marina tentang negara itu adalah penting ____________ saya.
A bagi C ke
B demi D pada
49. Hadiah itu ________________ para pemenang peraduan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu.
A pada C dengan
B demi D untuk
50. Siva telah menyerahkan buku cerita itu ________________ Mala.
A dengan C kepada
B untuk D demi
Jawapan:
1 D 11 D 21 D 31 C 41 C
2 C 12 C 22 A 32 B 42 C
3 C 13 B 23 A 33 B 43 D
4 A 14 C 24 B 34 A 44 C
5 C 15 A 25 A 35 B 45 D
6 B 16 B 26 B 36 C 46 C
7 B 17 A 27 A 37 A 47 A
8 A 18 D 28 D 38 A 48 A
9 C 19 C 29 A 39 B 49 D
10 B 20 D 30 B 40 B 50 C
0 Comments